CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, December 28, 2008

<<< MaaL HijRaH >>>

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt buat sahabat-sahabat pengunjung sekalian. Selamat menyambut tahun baru 1430H. Tahun 1429H telah berlalu.. M0ga kehadiran 1430H ini menjadikan kita hambaNya yang lebih bersyukur.
Kullu 'am wa antum bikhoir
InsyaAllah, bersama kita berazam untuk melakukan yang terbaik dengan kesempatan yang masih diberiNya ini. Sesungguhnya hidup matiku hanya untuk Allah. La ilahaillallah Muhammadurrasulullah.


1 Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan ummat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu PENGORBANAN
Hijrah itu PERJUANGAN
Hijrah itu PERSAUDARAAN
Hijrah membentuk PERPADUAN

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Sebarkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..



Sahabat2 pernah dengar nasyid ini? Ini nasyid Maal Hijrah.. Dulu, saya dan sahabat2 pernah bernasyid bersama waktu di sekolah rendah dulu..wakil sekolah..:P sweet memory with my friends- ain,fisah and others..Kenangan tetap tinggal kenangan yang indah di hati. Moga sahabat2 saya sentiasa dalam pemeliharaanNya. InsyaAllah, sempena maal hijrah ini, Mari kita sama2 berHIJRAH ke arah yang lebih baik...

Selamat Tahun baru 1430H.
Semoga Allah memberkati hidup kita semua.

Lahirnya insan disambut dengan azan
Perginya insan diiringi dengan solat
Alangkah singkatnya hidup
jika jaraknya cuma antara azan dan solat
Salam maal hijrah
Ahlan wa sahlan 1430H.
mogq ALLAH pelihara iman kita sepanjang tahun baru ini
dan tahun-tahun yang mendatang
juga memudahkan dan memakbulkan segala doa2 kita. InsyaALLAH
Sesungguhnya orang-orang yang beriman
dan berhijrah serta berjuang pada jalan Allah
mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah
dan Allah Maha Pengampun lg Maha Mengasihani
(Al-Baqarah:ayat 218)

*** Semoga diri ini akan terus menjadi pengemis cinta Ilahi.. perindu syahid abadi.
Kurniakan aku cinta kepadaMu dan kasih kepada kekasihMu Ya Allah.. Ameen.

Friday, December 19, 2008

<<< AsTagHFiruLLaH >>>


Ya ALLAH, menjelanglah kini malam (ciptaan)Mu,
beredarlah sudah siangMu,
inilah keluhan suara dan pinta dari para du'ah-Mu,
maka oleh itu ampunkanlah (dosa)ku.
Astaghfirullah...

<<< DoaKu...CinTa Yg SaTu >>>


Ya Allah…

Jika aku jatuh cinta,

cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan

cintanya pada-Mu,agar...

bertambah kekuatan kuuntuk mencintai-Mu.


Ya Muhaimin...

Jika aku jatuh cinta,

jagalah cintaku padanya

agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.


Ya Allah...

Jika aku jatuh hati,izinkanlah aku

menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.


Ya Rabbana…

Jika aku jatuh hati,

jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.


Ya Rabbul Izzati...

Jika aku rindu,

rindukanlah aku

pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah...

Jika aku rindu,

jagalah rinduku padanya agar

tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.


Ya Allah...

Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,

janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan

indahnya bermunajat disepertiga malam terakhir-Mu.



Ya Allah...

Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,

jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah....

Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu,

jangan biarkan aku melampui batas

sehingga melupakan aku pada cinta hakiki

dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


Ya Allah...

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini

telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,

telah berjumpa pada taat pada –Mu,

telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,

telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah, Ya Allah... ikatannya.Kekalkanlah cintanya.

Tunjukilah jalan-jalannya.Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu

yang tiada pernah pudar.lapangkanlah dada-dada kami

dengan limpahan keimanan kepada-Mu

dan keindahan bertawakal di jalan-Mu…..


Amiiin Ya Rabb….

Aku cinta kepadaMu kerana

ENGKAU TUHANKU DAN AKU HAMBAMU…

Ya Rabb…

Thursday, December 18, 2008

<<< JoDoH PeRkAHwiNaN >>>



"...Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 dlm sembahyang. Allah Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah2 bandaraya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.Maaf untuk saya nyatakan, Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.


<<< NeW Sem Will Begin >>>

Terlalu pantas masa berlalu.Bagaikan tesedar dari buaian mimpi..Semester Baru akan bermula Isnin depan. Entah apa yang telah saya lakukan sepanjang cuti yang telah ditetapkan untuk tempoh yang telah berlalu..Adakah saya mengisinya dengan perkara yang berfaedah @ sebaliknya..Moga2 ianya berfaedah untuk diri saya sendiri dan juga agama.. Hanya DIA yang layak menilai dan memberi 'gred' di atas perkara yang telah saya lakukan sepanjang cuti ini.. Rasanya baru saja lepas 'stress' Final exam.. Beberapa hari lagi semester baru bakal menjelma..Bersediakah saya untuk menempuhi dan membawa amanah yang agak berat iaitu menimba ilmu.. Kata orang,belajarlah selagi ada kemampuan dan kemahuan.. Semoga dengan memasuki semester baru semangat dan keazaman saya untuk menimba ilmu akan bertambah.. Saya dah tak sanggup untuk menerima keputusan exam seperti semester yang lalu.. Mungkin nawaitu tak betul..sebab tu la dapat result pun ntah pape..:(
Pepatah melayu ada mengatakan " bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian".. Ayat nak sedapkan hati..he3... Mak saya selalu cakap macam tu. Waktu belajar ni kena la byk bersabar,nanti dapat rasa la kemanisannya pada masa hadapan..harap2 macam tu la.. Diharap,semester depan dapat memberi seribu sinar semangat untuk menimba dan membawa amanah yang telah ditetapkan..

Sunday, December 14, 2008

<<< AdVice >>>

Perfection is a GREAT achivement but as humans we can never be perfect. Some people might want to share their knowledge of how to improve ourselves.This sharing might not always be pleasant. Our job is simply to lend an ear and listen. Even if the advice comes in a negative manner,take it positively. A true friend is not the person who is always there enjoying with you. It is him or her who gives advice and guides you in the right path and caring for your goodness in this world and in the Hereafter.

There are people around us who might not be as good as ourselves. It is our duty to inform them for they are our brothers and sisters in Islam. We might feel intimidated to approach them but it is our duty to guide them for they will ask us on the Day of Judgment what good we did to them... When the right time comes, we have to give this advice in a positive,caring and motivating way.. Begin with the good character they possess and continue to add how they can improve it if they prevented certain unhealthy actions...