CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Wednesday, March 24, 2010

#ExaM MooD#

My final exam for this semester is around the corner.Pray for me...

This is my exam schedule....

24March 2010............................CLASSICAL PROSE TEXTS

25March 2010............................METHODS OF TEACHING ISLAMIC EDUCATION 1

30March 2010............................TAFSIR AL-AYAT AND AL-HADITH AL AHKAM & METHOD OF TEACHING ARABIC LANGUAGE 1

1April 2010................................SYLLABUS DESIGN AND MATERIALS PREPARATION FOR TASL

4April 2010...............................ISLAMIC THEOLOGICAL THOUGHT

5April 2010 Onwards...............WANNA SPEND MY VACATION WITH "TheM"........................=)

Thursday, March 18, 2010

#MaHaR vs HanTaRan#

Cuti persekolahan penggal 1 bakal melabuhkan tirainya..Akan tetapi masih ramai kawan-kawan dan sahabat-sahabat di luar sana mengambil peluang cuti keemasan ini untuk menamatkan zaman bujang mereka bersama insan tercinta dan menghabiskan masa dengan sanak saudara.Semoga talian ukhwah dan kekeluargaan itu sentiasa berkekalan.

Sudah menjadi lumrah dan tradisi masyarakat di Malaysia mengambil kesempatan untuk membina mahligai cinta pada musim cuti sekolah.Dalam perkahwinan itu wujudnya mahar yg mana telah ditetapkan oleh syara' sebagai hadiah untuk yang bergelar isteri.Rasulullah saw telah bersabda dimana sebaik-baik perempuan itu adalah yg paling murah maharnya.

Lain pula tradisi masyarakat kita.Apabila diberinya mahar itu,diselangi pula dengan hantaran yang berdulang2 banyaknya.Semua ini mengikut kemampuan pihak lelaki.Konsep perkahwinan itu adalah untuk menyatukan dua hati atas jalan yang diredhai oleh Allah dengan tidak membebankan mana-mana pihak.Tujuan perkahwinan itu dihebah-hebahkan pula kepada orang ramai dengan bertujuan tidak timbulnya fitnah apabila pasangan itu bersama kelak.
Untuk entri pada kali ini,saya ingin bekongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang apa yang telah saya fahami bekenaan dengan mahar dan hantaran.

Apakah Mahar?
Ia adalah mas kahwin. Apa itu mas kahwin? Ia adalah hak orang perempuan yang mesti diberi oleh bakal suaminya. Dan hak ini dijamin oleh Islam sebagai sebuah penghargaan dan penghormatan kepada kaum wanita.

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada mahar?
Terdapat empat syarat yang mesti ada pada mas kahwin.
Pertama : Harta yang bernilai dan berharga
Kedua : Benda yang dibverikan itu mestilah bersih (tidak najis)
Ketiga : Harta yang diberikan itu bukan harta rampasan
Keempat : Benda yang diberikan itu hendaklah jelas benda dan jumlahnya.

Walaubagaimanapun, al-Quran juga boleh dijadikan mahar . Al-Quran yang dimaksudkan di sini ialah apa yang dihafal, dipelajari, diamalkan serta mampu diajarkan oleh bakal suami. Dan hafal di sini tidak bermakna 30 juz al-Quran, bahkan dengan beberapa surah juga sudah memadai. Begitu juga tidak dimaksudkan dengan al-Quran di sini dengan sebuah mashaf al-Quran yang cantik, mahal, berdakwat emas ataupun sebagainya yang lebih kepada sifat zahir serta simbolik semata-mata.

Mashaf yang cantik ini seringkali dijadikan simbol hadiah dalam majlis-majlis perkahwinan. Apa yang menyedihkan ialah mashaf tadi hanya bakal menjadi perhiasan rumah semata-mata. Isi kandungannya langsung tidak dibelek, dibaca mahupun dipelajari. Dan kalaupun dibaca, ia tidak diamalkan. Sebab itulah amalan menjadikan mashaf al-Quran sebagai simbolik ini tidak betul untuk disandarkan kepada hadith yang membolehkan seseorang bernikah bermaharkan al-Quran.

Selain itu, terdapat satu lagi istilah yang baik untuk kita fahamkan dalam bab mahar ini iaitu hantaran.
Benar, terdapat aspek positif daripada hantaran ini seperti boleh mencerminkan sifat toleransi, hormat-menghormati, dan kesungguhan oleh dua keluarga yang bakal bersatu. Perhatikan dua sudut berikut:
Pertama: Apabila pihak lelaki menghantar wang kepada bakal mentua untuk perbelanjaan perkahwinan (dikenali juga dengan istilah belanja hangus).
Kedua: Hadiah-hadiah (pakaian, makanan, wang dan sebagainya) yang diberi oleh pengantin lelaki kepada pihak bakal isteri dan begitu juga sebaliknya.

Dalam konteks kedua-dua pihak bakal mempelai ini mampu untuk hadiah-menghadiahi, beri-memberi dan belanja-membelanja, maka tidak ada masalah (asal jangan membazir). Tapi bagaimana pula jika sebaliknya?
Budaya hantaran ini boleh bertukar menjadi negatif dan sangat buruk apabila ia diwajibkan dengan jumlah serta harga yang tinggi. Inilah yang wajar kita basmikan dalam amalan masyarakat tanah air. Agar setiap perjalanan perkahwinan itu benar-benar selaras dengan syariat. Lagipun, yang wajib dalam Islam ialah mahar, bukannya hantaran.

Satu lagi fenomena yang mungkin boleh kita perhatikan ialah nilai mahar dalam masyarakat kita yang selalunya rendah dan dalam masa yang sama nilai hantaran pula jumlahnya beribu-ribu. Mengapa terjadi demikian? Barangkali mereka beranggapan dengan mahar yang rendah itu sudah menjadi lesen untuk mereka diberkati. Manakala hantaran pula demi memenuhi kehendak keluarga, suasana dan budaya, maka mesti ditinggikan. Apa yang berlaku ini tidak tepat dengan kehendak Islam. Dan sekalipun benar Islam tidak menggalakkan mahar yang tinggi, namun lebih dari itu, Islam juga mementingkan agar urusan perkahwinan itu dipermudahkan. Mahar yang rendah dengan hantaran yang tinggi bukanlah jalan penyelesaian yang baik.

Begitulah beberapa noktah kekeliruan yang terdapat dalam pengamalan masa kini. Semoga dengan tulisan yang ringkas ini mampu membantu generasi hari ini dalam membina sebuah perkahwinan dan keluarga yang baik, diberkati dan bahagia.Kesimpulannya,adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk lebih berfungsi dalam masyarakat khasnya untuk menyebarkan kefahaman Islam tentang mahar dan kekeluargaan yang baik.

Friday, March 12, 2010

#SuraT uTk DiRi#

Salam....

Dari diri juara kepada diri yang tewas.
Semoga sama menjaga diri dan menyayanginya.

Wahai diriku yang tewas. Akulah yang bernama diri juara, yang amat kau kenali. Aku datang bersamamu dan bersama kita hidup sebagai pengembara. Kita adalah saudara, tapi kau sering menyepi. Aku banyak impian, tetapi kau banyak bermimpi.

Aku mahu terus kembara tapi kau sering melaungkan kejerihanmu. Aku mahu besar sebagai seorang berguna, tetapi engkau tetap mahu menjadi kanak-kanak. Aku mahu berkahwin dan berketurunan tapi kau mahu terus membujang. Aku mahu mati meninggalkan nama tetapi engkau mahu terus hidup tanpa bernama.

Wahai diriku yang tewas. Engkau adalah aku tetapi engkau bukan aku. Aku mahu engkau menurutiku kerana aku adalah juara yang membawamu mengembara ke lurah, tasik dan gunung. Tubuhku telah banyak yang luka, kakiku telah banyak tercucuk duri. Aku juga semakin tua. Marilah kita berganding tenaga menuju kejayaan, keuntungan dan keberkatan.

Thursday, March 4, 2010

#SaHaBat#

Syaikh Ibnu Athaillah mengatakan: "Bukanlah sahabatmu,
kecuali orang rela bersahabat denganmu
sedangkan dia telah mengetahui celamu.
Dan tidaklah yang demikian itu (engkau dapati di kalangan manusia)
kecuali Tuhanmu Yang Maha Pemurah.
Sebaik-baik teman yang engkau pergauli
adalah orang yang memperhatikan kepentinganmu,
bukan kerana sesuatu kepentingan
yang diharapkannya daripadamu untuk dirinya."