CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Monday, May 3, 2010

#SejEnaK#

Hari-hari yang berlalu sepi dan terus menghilang.Bilangan angka yang zahirnya nampak makin bertambah,hakikatnya mengurang gugur satu persatu.Manusia yang masih dikurnia helaan nafas terus bernafas.Nafas yang berbeza dan helaan yang tersendiri.Jauh disatu sudut,satu nafas yang seakan sesak dan sepertinya nazak mahu meninggal alam.Namun,sesakan nafas itu sendiri.Mahu dikhabarkan pada keliling,namun suaranya sudah tiada,kudratnya terlalu lemah,semangatnya seolah hilang,bahkan jiwa dan hatinya turut bagai pedih menanggung derita.

Mentari dan bulan yang silih berganti hanya mampu memandang penuh simpati.Sinar mereka juga seolah samar namun penuh patuh menurut.Nafas siapa itu?Wanita tuakah?atau anak kecil yang tiada upaya?atau mungkin juga seorang gadis yang dicemar hormatnya?Juga mungkin si kurang upaya yang istimewa namun disisih?Semua itu hanya kebarangkalian,yang pasti nafas yang sesak penuh payah itu adalah dunia yang makin dekat dengan akhirnya.

Hari ini,sejarah dunia tercatat lagi.Seluruh dunia,dari sekecil-kecil surat hinggalah sebesar-besar akhbar dunia.Segala peristiwa dicatat.Tentang jenayah yang menakutkan,tentang hiburan yang melalaikan,tentang bencana alam bagai petanda,tentang kisah masyarakat yang meruncing,tentang kisah cinta dua jiwa,tentang perayaan sesuatu pertubuhan,juga tentang dunia sukan yang menghiburkan?Segalanya menjadi sejarah dunia.Dan semestinya ia akan dilupai satu ketika nanti.Hanya sebentar ia muncul,pantas masa mencantas sejarah itu dan melahirkan lebih banyak kelahiran peristiwa baru yang selari dengan kehendak semasa mungkin.

Bagi mereka yang nafasnya berjiwa hamba dan helaannya penuh rasa syukur,segala iktibar alam dikutip dan dikepil buat pedopan hidup.Kerana sedarnya alam ini sementara,hidup ini seketika,dan kerana segalanya hanya satu ujian.Jiwa yang rapatnya denga nal-Khaliq sentiasa merintih memohon lindung.Lindung dari menjadi salah satu pencipta sejarah dunia yang menipu.Tidak dan enggan menjadi antara pelakon-pelakon dunia yang sementara.Doanya,biarlah dia menjadi teladan buat generasi Rabbani.Biarlah dunia terus menerima sejarah-sejarah baru.Perjalanannya tetap dengan pegangan al-Quran dan As-Sunnah.Kerana sedar nafas dunia helaannya perit dan payah...