CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Showing posts with label Let's Think About It. Show all posts
Showing posts with label Let's Think About It. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

#MaHaR vs HanTaRan#

Cuti persekolahan penggal 1 bakal melabuhkan tirainya..Akan tetapi masih ramai kawan-kawan dan sahabat-sahabat di luar sana mengambil peluang cuti keemasan ini untuk menamatkan zaman bujang mereka bersama insan tercinta dan menghabiskan masa dengan sanak saudara.Semoga talian ukhwah dan kekeluargaan itu sentiasa berkekalan.

Sudah menjadi lumrah dan tradisi masyarakat di Malaysia mengambil kesempatan untuk membina mahligai cinta pada musim cuti sekolah.Dalam perkahwinan itu wujudnya mahar yg mana telah ditetapkan oleh syara' sebagai hadiah untuk yang bergelar isteri.Rasulullah saw telah bersabda dimana sebaik-baik perempuan itu adalah yg paling murah maharnya.

Lain pula tradisi masyarakat kita.Apabila diberinya mahar itu,diselangi pula dengan hantaran yang berdulang2 banyaknya.Semua ini mengikut kemampuan pihak lelaki.Konsep perkahwinan itu adalah untuk menyatukan dua hati atas jalan yang diredhai oleh Allah dengan tidak membebankan mana-mana pihak.Tujuan perkahwinan itu dihebah-hebahkan pula kepada orang ramai dengan bertujuan tidak timbulnya fitnah apabila pasangan itu bersama kelak.
Untuk entri pada kali ini,saya ingin bekongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang apa yang telah saya fahami bekenaan dengan mahar dan hantaran.

Apakah Mahar?
Ia adalah mas kahwin. Apa itu mas kahwin? Ia adalah hak orang perempuan yang mesti diberi oleh bakal suaminya. Dan hak ini dijamin oleh Islam sebagai sebuah penghargaan dan penghormatan kepada kaum wanita.

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada mahar?
Terdapat empat syarat yang mesti ada pada mas kahwin.
Pertama : Harta yang bernilai dan berharga
Kedua : Benda yang dibverikan itu mestilah bersih (tidak najis)
Ketiga : Harta yang diberikan itu bukan harta rampasan
Keempat : Benda yang diberikan itu hendaklah jelas benda dan jumlahnya.

Walaubagaimanapun, al-Quran juga boleh dijadikan mahar . Al-Quran yang dimaksudkan di sini ialah apa yang dihafal, dipelajari, diamalkan serta mampu diajarkan oleh bakal suami. Dan hafal di sini tidak bermakna 30 juz al-Quran, bahkan dengan beberapa surah juga sudah memadai. Begitu juga tidak dimaksudkan dengan al-Quran di sini dengan sebuah mashaf al-Quran yang cantik, mahal, berdakwat emas ataupun sebagainya yang lebih kepada sifat zahir serta simbolik semata-mata.

Mashaf yang cantik ini seringkali dijadikan simbol hadiah dalam majlis-majlis perkahwinan. Apa yang menyedihkan ialah mashaf tadi hanya bakal menjadi perhiasan rumah semata-mata. Isi kandungannya langsung tidak dibelek, dibaca mahupun dipelajari. Dan kalaupun dibaca, ia tidak diamalkan. Sebab itulah amalan menjadikan mashaf al-Quran sebagai simbolik ini tidak betul untuk disandarkan kepada hadith yang membolehkan seseorang bernikah bermaharkan al-Quran.

Selain itu, terdapat satu lagi istilah yang baik untuk kita fahamkan dalam bab mahar ini iaitu hantaran.
Benar, terdapat aspek positif daripada hantaran ini seperti boleh mencerminkan sifat toleransi, hormat-menghormati, dan kesungguhan oleh dua keluarga yang bakal bersatu. Perhatikan dua sudut berikut:
Pertama: Apabila pihak lelaki menghantar wang kepada bakal mentua untuk perbelanjaan perkahwinan (dikenali juga dengan istilah belanja hangus).
Kedua: Hadiah-hadiah (pakaian, makanan, wang dan sebagainya) yang diberi oleh pengantin lelaki kepada pihak bakal isteri dan begitu juga sebaliknya.

Dalam konteks kedua-dua pihak bakal mempelai ini mampu untuk hadiah-menghadiahi, beri-memberi dan belanja-membelanja, maka tidak ada masalah (asal jangan membazir). Tapi bagaimana pula jika sebaliknya?
Budaya hantaran ini boleh bertukar menjadi negatif dan sangat buruk apabila ia diwajibkan dengan jumlah serta harga yang tinggi. Inilah yang wajar kita basmikan dalam amalan masyarakat tanah air. Agar setiap perjalanan perkahwinan itu benar-benar selaras dengan syariat. Lagipun, yang wajib dalam Islam ialah mahar, bukannya hantaran.

Satu lagi fenomena yang mungkin boleh kita perhatikan ialah nilai mahar dalam masyarakat kita yang selalunya rendah dan dalam masa yang sama nilai hantaran pula jumlahnya beribu-ribu. Mengapa terjadi demikian? Barangkali mereka beranggapan dengan mahar yang rendah itu sudah menjadi lesen untuk mereka diberkati. Manakala hantaran pula demi memenuhi kehendak keluarga, suasana dan budaya, maka mesti ditinggikan. Apa yang berlaku ini tidak tepat dengan kehendak Islam. Dan sekalipun benar Islam tidak menggalakkan mahar yang tinggi, namun lebih dari itu, Islam juga mementingkan agar urusan perkahwinan itu dipermudahkan. Mahar yang rendah dengan hantaran yang tinggi bukanlah jalan penyelesaian yang baik.

Begitulah beberapa noktah kekeliruan yang terdapat dalam pengamalan masa kini. Semoga dengan tulisan yang ringkas ini mampu membantu generasi hari ini dalam membina sebuah perkahwinan dan keluarga yang baik, diberkati dan bahagia.Kesimpulannya,adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk lebih berfungsi dalam masyarakat khasnya untuk menyebarkan kefahaman Islam tentang mahar dan kekeluargaan yang baik.

Saturday, January 16, 2010

# isTeri & BidaDaRi #

WANITA SOLEHAH DAMBAAN SETIAP LELAKI...Itulah ungkapan yang sering kita dengari.Tidak kira sama ada lelaki itu seorang yang soleh ataupun tidak,untuk memilih pasangan hidup sudah tentu tiada siapa pun yang inginkan perempuan yang tidak baik untuk menjadi penggerak bagi generasi mereka yang akan datang.Selain itu,nilai wanita solehah ini tiada bandingannya sehigga ia mahal dari seisi dunia dan lebih baik dari bidadari syurga.Akan tetapi,mampukah aku untuk merangkul gelaran wanita solehah walaupun hanya secebis???Hanya diriku sendiri yang boleh menilai..Moga hidayah Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang akan memanduku untuk menjadi seorang wanita yang solehah..Ameen Ya Robb..

Isteri solehah itu penyejuk mata suami tercinta..Duhai teman-teman yang telah bergelar dan bakal bergelar isteri,selalu la perbaiki diri agar kalian akan tergolong dalam golongan yang teristimewa untuk suami kelak.Moga mahligai cinta yang terbina,tidak terputus di tengah jalan malah kekal sehingga ke syurga kelak..Peringatan ini juga ku tujukan buat diriku yang sentiasa alpa apabila diuji dengan kesenangan nikmat dunia yang sementara..:(



Bidadari 2x
Temanilah resahku
Bidadari 2x
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa.
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga...


" Dalam Kelembutanmu, ketegasanmu x tergugah...
Dalam penuh rasa malumu, suaramu menggegar dunia...
Di sebalik halus jemarimu, tergenggam utuh janji setia...
Wahai bidadari syurga, kau tambat hati Yang Maha Esa....."

" Aduhai para bidadari syurga.....
Mendengar lagu dan membaca hikayat kalian membuatkan aku tertanya-tanya..
Mampukah aku menjadi seperti kalian?
Layakkah aku berada di sisi kalian? Sedangkan sejarah aku tidak setanding riwayat kalian...pengorbananku tidak tersaing perjuangan kalian dan kehambaanku tidak sehebat pengabdian kalian..."

Sunday, August 30, 2009

# MeRdEkA #


Sudah sinonim dalam kehidupan kita,apabila tibanya bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan,kita dapat lihat ramai 'manusia2' yg ingin mengagung2kan bulan ini. Ramai yang mula memasang bendera pada kereta mereka. Mungkin ingin menunjukkan semangat patriotik pada negara...Tidak salah menyintai negara..malah ia adalah separuh drpd iman...
Seusai solat terawih berjemaah,saya terus pulang ke bilik dan memasang radio IKIM.FM..untuk mendengar pengumumam waktu imsak esok hari. Kebetulan masa saya pasang radio tu,slot tazkirah sedang berkumandang di corong yang bertajuk "merdeka dalam Kemerdekaan" dan diakhiri dengan persoalan membuatkan saya terfikir sejenak. Ada benarnya apa yang telah diberitahu oleh ustaz tersebut...Masyarakat kita hanya merdeka dari segi material sahaja hanya segelintir kumpulan sahaja yang betul2 menghayati erti kemerdekaan..Tahun demi tahun negara kita Malaysia menyambut kemerdekaan.Tetapi mengapa kes jenayah dan seumpamanya makin berleluasa???
Sepatutnya,apabila merdekanya sesuatu masyarakat itu,seharusnya mereka lebih terurus dan cemerlang dalam semua bidang..Kita sekarang ini seolah2 ingin kembali semula ke zaman purba kala. Hal ini berlaku disebabkan ramai di kalangan masyarakat kita meminggirkan agama dalam mengaplikasikan sesuatu perkara. Mungkin bagi mereka tak ikut peredaran zaman.Tapi,tidakkah mereka fikir yang islam mmg sesuai untuk semua masyarakat...Dulu..Kini dan sehinggalah tibanya hari kiamat...Sekiranya semua orang mengamalkan nilai2 islam dalam segala aspek,mungkin mereka akan betul2 Merdeka !
*** Adakah Diri,Iman & Akhlak kita betul2 MERDEKA ???