1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

TAK AKAN KU RASA INDAHNYA CINTA...ANDAI TIADA CINTA BUAT YANG ESA...





Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi ‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”
Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj).
Ada di kalangan manusia yang menganggap bahawa bersolek adalah satu tradisi bagi golongan wanita. Oleh itu sekiranya seorang perempuan melengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai fesyen pakaian, dan beraneka jenis alat solek di badan, tidaklah menjatuhkan imej dan moralnya, dan tidak pula membangkitkan keinginan setiap mata yang memandang……!
Daripada Abi Musa al-Asy'ari,beliau berkata,Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti al-utrujjah,rasanya enak baunya harum.Manakala perumpamaan orang Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma,meskipun rasanya sedap tetapi tiada baunya." (Riwayat al-Bukhari).
Ketenangan dan kebahagiaan tidak akan dianugerahkan Allah kepada manusia walau sebanyak mana sekalipun hartanya dan setinggi mana pun pangkatnya,tetapi tidak mengingati Allah.Firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 28 bermaksud : "Bukankah dengan mengingati Allah itu,hati akan menjadi tenang." Antara cara paling berkesan untuk mengingati Allah ialah dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Tambahan dari itu,al-Quran juga adalah ubat bagi hati dan penawar jiwa.Ramai di kalangan kita yang mempunya penyakit hati kronik seperti hasad dengki,ujub,sombong,takabbur dan sebagainya.Lalu apakah cara yang paling berkesan bagi merawat penyakit hati?
Tidak lain dan tidak bukan,cara yang paling berkesan untuk merawat hati adalah selalu berdamping dengan ayat-ayat Allah melalui kitab suci al-Quran.Seorang tokoh sufi yang bernama Ibrahim al-Khawwas telah menyatakan bahawa ubat bagi hati itu antaranya alah membaca al-Quran dengan penuh penghayatan dan tadabbur.



Demikian aku di jadikan Tuhan untuk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan Tuhan untuk menghiasi bunga-bungaan.Tanpa aku dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk didiami.Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam a.s pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di Syurga.Bermohonlah baginda kepada Allah agar diberikan seorang teman, agar boleh dia berbicara,bersenda gurau dan membina sahsiahnya.Terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kirinya itu…




