CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Showing posts with label Moment. Show all posts
Showing posts with label Moment. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

#JoDoH#

Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas
sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di
bumi."

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk


membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.


Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`
























Friday, February 26, 2010

#UtuSaN SemeSta ALam#

12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,utusan terakhir Allah dimuka bumi untuk umat manusia.Bagi semua kaum muslimin di seluruh Malaysia pasti akan mengambut dengan berselawat ke atas junjungan besar kita sepanjang hari.Banyak acara akan diadakan di Malaysia dan yang menjadi kewajipan adalah perarakan umat Islam seluruh Malaysia.


Pengorbanan baginda memang tidak dapat disangkal lagi.Semuanya untuk umatnya tercinta.Baginda dah memberikan seluruh jiwa,raga dan harta untuk Islam dan umatnya,sehinggakan sebelum mangkat baginda sempat menyebut umatnya.Baginda juga menjadi ikutan (role model) bagi setiap aspek baik dari segi kekeluargaan,pemimpin dan keagamaan.

Renungkan sejenak kisah ini..


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang menyeru ucapan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

“Siapakah itu wahai anakku?”


“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru pertama kali aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka luas menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh.


Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.”Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uusiikum bis-solaati, wa maa malakat aimaanukum – peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”


Di luar pintu, tangisan mulai kedengaran, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.“Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa baarik wa sallim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Alangkah indahnya percaturan Ilahi..Maulidur Rasul pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat 26 Februari 2010.Bersempena dengan hari yang mulia ini,ingin saya berpesan pada diri saya yang kerdil lagi hina ini dan juga pada sahabat-sahabat di luar sana agar sentiasa berselawat kepada baginda SAW moga beroleh syafaat darinya di hari perhitungan amal kelak.


*** Lucky to born a Muslim, as we become a part of this greatest prophet..InsyaAllah.




Jadi apa sumbangan kita terhadap baginda?Cukupkah dengan berselawatan pada hari Maulidur Rasul sahaja?.Tepuk dada tanya iman....













Sunday, January 10, 2010

#FiRsT eNtRy#

Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun baru 2010 saya masih diberi peluang untuk menghirup udaraNYA dan juga pinjaman nyawa dan Iman yang tidak ternilai.Tahun baru 2010 sudah pun menjangkau 10 hari bilangannya.Dek kerana kesibukan yang tidak dapat nak dielakkan dan tidak pandai menguruskan masa dengan baik,jadi ini la entri pertama yang dapat ditulis untuk tahun ini :)

Semoga tahun 2010 yang masih berbaki 11 bulan dapat kita isikan dengan benda yang bermanfaat dan berguna untuk diri kita sendiri juga untuk orang lain.Adakah sepuluh hari yang berlalu untuk tahun ini telah kita habiskan dengan baik atau sebaliknya dan senarai azam-azam baru untuk tahun ini telah kita mulakan?Soalan ini saya tujukan untuk diri saya sendiri dan juga kawan-kawan di luar sana.Mari lah Sama-sama kita renung untuk mara ke hadapan dengan harapan hari ini lebih baik dari semalam dan esok adalah yang terbaik dalam kamus kehidupan kita.

Selain itu,Harapan saya agar entri-enri saya pada tahun ini lebih baik lagi dan ada mesej yang berguna untuk kawan-kawan diluar sana walaupun terlalu sedikit dan dikira sebagai pahala dalam menyampaikan dakwah jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan blogger yang hebat dalam menyampaikan mesej dan memberi kesan di hati pembaca.Saya tahu,blog saya ini tidak banyak input yang berguna yang dapat dikongsikan bersama.Akan tetapi saya tidak mahu untuk berputus asa untuk membuat kebaikan dengan berkongsi tentang apa yang saya tahu dengan rakan-rakan semua kerana konsep SEDIKIT ITU LEBIH BAIK DARI TIADA yang saya tanamkan dalam diri akan membangkitkan semangat saya untuk terus menulis....:P

***First entry of this year in the first month..(",)

Monday, December 14, 2009

#MaaFkaN DiRiku#

Sahabat...

Maafkan diriku...

Kerana sudah agak lama tidak ku utuskan berita buatmu...

Bukan niatku untuk tidak mempedulikan dirimu...

Tetapi dek kerana kekangan waktu...

Dan urusan tertentu membuatkan aku...

Terlepas pandang untuk bertanyakan khabar tentangmu...

Sebenarnya ini bukan alasan yang patut tercipta dariku...

Sahabat...

Banyak perkara yang kita telah kongsi & dan harungi bersama...

Hilai tawa mahu pun deraian air mata menjadi saksi antara kita...

Kebahagiaanmu Kebahagiaanku jua...

Sudah lama kita mengikat tali silaturahim...

Seingatku ketika kita di alam tadika...

Dahulu kita sangat rapat...

Akan tetapi bila menjangkau umur dewasa ini...

Kita semacam membawa haluan sendiri...

Sahabat....

Kemaafan ku pinta...

Sebelum kau membina mahligai cinta bersama kekasih hatimu...

Ku harap kita sempat untuk bertemu walaupun seketika...

Untuk kita mencipta satu kenangan untuk ingatan bersama...

Mugkin selepas status dirimu berubah...

Apa jua perbuatan dan gerak gerimu...

Harus mendapat keizinan daripada dia yang bergelar suami...

Sahabat...

Maafkan Diriku...

Tiada bukan bererti lupa..

Dirimu ku rantai di gelanggang doa setiap masa...

Sebagai tanda kasih nan luhur yang tak pernah sirna...

Dirimu ku tinggalkan di bawah payung tawakal yang melangit...

Pada al-Khaliq tuhan pencipta alam semesta...

~Ukhwah Fillah Abadan Abada~