CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Showing posts with label Reminder 4 Myself. Show all posts
Showing posts with label Reminder 4 Myself. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

# BerSyuKuR LebiH BeRaT daRi BerSaBar #

Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;

“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.

Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya:

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)

Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.
Firman Allah :

Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu.

Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.

~Semoga diriku juga termasuk dalam kalangan org2 yg bersyukur..Ameen ~

Friday, February 5, 2010

#DIA meNgEtaHui SegaLanYa#


Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat.
Hingga kita terduduk menangis.
Peritnya terasa tetapi ketahuilah, dan renungilah dalam diri kerana;
Mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu menjahit sejadah iman
Yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar.
Semoga tabah dan ditetapkan iman.
ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang.
DIA sayangkan kau dan aku.
DIA tak pernah lupakan kita...
Hidup ini ibarat mimpi...
Kita hanya tersedar apabila nyawa sudah meninggalkan jasad.
Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman...
Tetapi sebenarnya satu bentuk penyerahan diri...
Dan pernyataan bahawa kita benar-benar percaya pada setiap KetentuanNYA.
Jangan lupa, pada nafas sekalipun, tersembunyi rahsia dan janjiNYA.
Percayalah!

Saturday, December 19, 2009

#MaNa MiLik KiTa#



Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya


Pertama kali mendengar lagu ini dalam rancangan penghargaan kepada Ustaz Asri Rabbani siaran TV3 terasa seperti tiada apa yang menarik perhatian saya. Namun, saya berhasrat untuk menyimpan lagu ini sebagai koleksi. Tambahan dalam siaran itu, lagu ini dan lagu Pergi Tak Kembali disampaikan secara langsung dengan penyampaian vokal yang saya rasa mempunyai kelainan dan luar biasa. Secara jujurnya saya tidak pernah mendengar lagu ini walaupun pernah didendangkan oleh Kumpulan Nada Murni satu ketika dahulu. Mendengarnya berkali-kali selepas itu dan menghayati liriknya, menemukan saya kepada perspektif dan kesan emotif yang akhirnya gugur mutiara jernih membasahi pipi.

Hakikat insan menginginkan segala kemudahan dalam kehidupan dan menolak segala bentuk kesusahan. Sebagai insan kita juga seharusnya tidak letih berusaha membaiki amalan dan kehidupan kita. Keperluan zahir dan batin perlulah seimbang. Seperti jasmani memerlukan makanan untuk hidup, demikian juga rohani.

Hati merupakan sebahagian kecil dari ketulan darah yang tersimpan dalam diri insan. Memiliki hati yang bersih sangat sukar dicapai, apatah lagi untuk larut dan mengalir di dalam jiwa. Ia tidak semudah bibir yang melafaz. Melalui perjalanan hidup sebagai hamba Allah Taala,semestinya tidak sunyi dari ujian dan dugaan. Kita yang tidak sempurna, terdedah kepada semua bentuk godaan dan ujian. Di sisi Allah Taala, Iman dan taqwalah yang membezakan darjat seorang insan dengan insan yang lain. Tambahan pula pahit manis dalam memikul amanah ALLAH ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan Iman yang tidak terhingga walaupun setiap kali Ujian yang datang AIRMATA sering bertandang...

Apakah lirik ini lahir dari hati? Dalam konteks ini saya melihat, lirik juga terbit dari bisikan hati. Seperti kelaziman lahirnya puisi atau sajak. Lirik lagu nasyid Mana Milik Kita ini adalah sebuah penghasilan indah dari cetusan kalbu penulisnya. Biarpun ungkapan berterus-terang, namun secara peribadi ia tidak menjejaskan usaha menyampaikan nasihat yang murni dan sihat. Malah dilihat menimbulkan penghayatan dan kesan emotif apabila dipadan dengan nada nasyidnya yang sesuai.

Dalam lirik lagu nasyid Mana Milik Kita, dapat dizahirkan keazaman penulisnya untuk memperbaiki amalan, anjakan pemikiran dan mengubah tanggapan lumrah dalam kehidupan. Hanya hati yang bersih sahaja manusia berupaya mengubah persepsi kepentingan diri dan kehidupan duniawi yang penuh dengan rona nafsu. Dengan keupayaan kewangan insan juga dapat memiliki apa sahaja yang diingini. Namun penulis tidak melihat dunia sebagai tempat urusan ringgit dan sen semata-mata. Ada yang lebih penting dari itu iaitu urusan dan hubungan insan dengan Allah Taala dan mencapai keredhaanNYA.

Dari hati juga terbitnya perasaan. Perasaan tidak sihat seperti sombong, berbangga dengan kelebihan diri dan material yang diperoleh, mengungkit jasa yang telah ditaburkan adalah perkara lumrah yang dituntut agar diberi perhitungan dan renungan semula oleh penulisnya. Disini penulis menyarankan agar insan sentiasa bersyukur.

Akhir kata,dalam lirik ini terdapat dua nasihat yang bernas. Pertama, segala yang insan telah miliki bukanlah milik insan yang mutlak. Insan sekadar mengusahakannya sahaja. Ungkapan Apa yang kita dapat, Allah sudah sediakannya. Merujuk kepada konsep tawakal insan setelah segala usaha dilaksanakan. Bukan sekadar bergantung harap dan menungggunya dengan pasif seperti menunggu bula jatu ke riba. Kedua, penulis menyarankan agar setiap insan sentiasa membuat jasa dan saling membantu sesama manusia. Setelah itu lupakanlah segala jasa yang telah kita buat kerana hakikatnya kita tak punya apa-apa.


Thursday, August 20, 2009

# RaMaDhaN KaReeM #

Begitu pantas masa berlalu..dari hari ke hari,minggu ke minggu,bulan bertukar bulan dan tahun silih berganti..Rasa baru je menyambut Ramadhan..dan kini Ramadhan Kareem muncul lagi. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.Alhamdulillah,ucapan yang perlu dan mesti dipanjatkan pada pencipta rabbul Jalil kerana masih lagi memberi peluang untuk diri ini menyambut ketibaan dan merasakan kehangatan Ramadhan yang yang ditunggu oleh seluruh muslimin dan mukminin di seluruh dunia ini.Semoga Ramadhan kali ini,kita sama2 pertingkatkan lagi amal ibadah kita yang kalau sebelum ini berada pada tahap yang 'rendah'..semoga dengan mempertingkatkan lagi amal ibadah pada bulan Ramadhan nanti menjadi titik tolak untuk kita terus istiqamah melakukan amar ma'ruf dan mengumpul sebanyak mungkin 'dana' sebagai persediaan sebelum kembali ke negeri abadi..Ajal itu datang tanpa diundang.Jadi sebolehnya kita bersedia sebaik mugkin dengan amalan2 yang baik untuk menjadi bekalan di negeri akhirat.

Thursday, March 19, 2009

# Manusia #



Kata orang," berkawan biar beribu,bercinta biar satu "... Mungkin ada pro dan kontranya..apa yang ingin saya kaitkan disini ialah tentang berkawan biar beribu..apa yang dimaksudkan dengan beribu itu..mungkin ini dilihat dari sudut baiknya mempunyai ramai kenalan..tapi adakah kita fikir,kenalan yang bagaimana yang perlu untuk kita dampingi.Bukan semua yang kita kenal tu benar2 boleh jadi kawan kita.

Adakalanya bila ada ramai sangat kenalan mahupun kawan,ia boleh membuat diri tersepit. bila ramai sangat kawan,ramai la yang akan 'take care' tentang kita(perhaps :0)..sampaikan gosip2 liar pun mereka ambil tahu..kadang2 agak keterlaluan,maaf untuk saya katakan sampai kita sekarang ni rapat dengan si polan2 mana.Adakah betul atau tak apa yang mereka dengar..(So nonsense..Huh..)Semuanya nak tau. Padahal,kalau nak dikirakan sama ada betul atau tak saya ni rapat dengan mana2 si polan,sedikit pun tak pernah saya susahkan mereka dan ganggu hidup mereka..

Mungkin benda ni boleh bagi manfaat kot pada mereka2 yang ingin sangat tau tentang perkembangan diri sesorang ni..Sampaikan dah jadi tunangan orang pun,masih lagi sibuk2 nak tau tentang perkara2 yang sememangnya tidak akan memberi keuntungan mahupun kerugian kepada mereka. Sepatutnya,bila dh jadi tunang orang,ataupun masih menunggu masa untuk menjadi tunang/isteri seseorang,sibukkan lah diri untuk lebih mendalami perkara2 yang akan mendatan ataupun sekiranya masih belajar,sibukkan lah diri dalam mencari ilmu.. Kalaulah nak sibukkan diri tentang manusia,sememangnya manusia itu tidak akan memberi apa2 faedah pun dalam kehidupan mereka kelak.

Saya kira,mungkin ada insan2 yang tak selesa dengan apa yang telah terjadi sehingga terbuku di hati..Nak juga tau..Patut la ustaz ada cakap yang manusia ni ada kaitan dengan nasi..Kalau nak makan nasi,untuk lebih menyelerakan kena la ada macam2 lauk atau hidangan..Jadi manusia ni,dalam kehidupan seharian mereka pun macam2 ragam la..Kalau boleh,nak masuk dalam diri sesorang itu kerana terlampau "mengambil berat".Jangan la terlalu nak memikirkan tentang hal orang.

Saya mohon maaf dan ampun seandainya coretan saya yang pendek ini membuatkan ada yang terasa hati..Saya hanya manusia biasa yang tak pernah terlepas dari kesilapan..Kadang2 bila diaju dengan soalan yang agak "menjaga tepi kain" ini membuatkan saya sangat rimas dan bosan..Usah dibimbang,Alhamdulillah,saya masih lagi diberi kekuatan olehNYA untuk mengawal muamalah saya dalam kehidupan..Cukup sekadar kita mengambil tahu apa yang sepatutnya..Yang selebihnya itu serah lah padaNYA kerana Dia lebih dan Maha mengetahui segalanya..

*** Coretan ini juga sebagai peringatan buat diri saya..

Wednesday, March 18, 2009

Tuesday, January 20, 2009

<<< CeRmiN DiRi SEnDiRi >>>

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim
Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:
"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".
"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".
Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.
Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN