CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Showing posts with label Linnafsi. Show all posts
Showing posts with label Linnafsi. Show all posts

Friday, March 12, 2010

#SuraT uTk DiRi#

Salam....

Dari diri juara kepada diri yang tewas.
Semoga sama menjaga diri dan menyayanginya.

Wahai diriku yang tewas. Akulah yang bernama diri juara, yang amat kau kenali. Aku datang bersamamu dan bersama kita hidup sebagai pengembara. Kita adalah saudara, tapi kau sering menyepi. Aku banyak impian, tetapi kau banyak bermimpi.

Aku mahu terus kembara tapi kau sering melaungkan kejerihanmu. Aku mahu besar sebagai seorang berguna, tetapi engkau tetap mahu menjadi kanak-kanak. Aku mahu berkahwin dan berketurunan tapi kau mahu terus membujang. Aku mahu mati meninggalkan nama tetapi engkau mahu terus hidup tanpa bernama.

Wahai diriku yang tewas. Engkau adalah aku tetapi engkau bukan aku. Aku mahu engkau menurutiku kerana aku adalah juara yang membawamu mengembara ke lurah, tasik dan gunung. Tubuhku telah banyak yang luka, kakiku telah banyak tercucuk duri. Aku juga semakin tua. Marilah kita berganding tenaga menuju kejayaan, keuntungan dan keberkatan.

Monday, July 13, 2009

# SibUk ??? #

Sudah lama rasanya tidak menjengah blog ini apatah lagi untuk menulis entri baru yang dapat memberi manfaat. Kesibukan yang saya alami terutamanya pada awal minggu semester baru ni utk "meng-add&drop"subjek, menyebabkan saya memang tidak punya masa untuk membelek2 blog ini.Kesibukan memang mengajar saya untuk benar-benar menghargai masa walaupun sesaat. Moga-moga kesibukan yang Allah beri kepada saya ini (mungkin untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan nilai) dapat saya memanfaatkannya dengan pekara-perkara yang berfaedah dan agar saya tidak melupaiNya dalam ke'sibukan' duniawi ini.Na'uzubillah... Moga-moga saya tidak tergolong dalam orang-orang yang lalai untuk mengingati Al-Khaliq ! Allahu Yusahhil..

Tuesday, January 20, 2009

<<< Ya ALLaH Ya RaBBi >>>


Jika dosa-dosaku adalah besar dan banyak…Ampunilah..Aku mengetahui bahawa ampunanMu lebih besar dari segalanya.Sekiranya engkau hanya mengampuni dosa-dosa orang yang baik,kepada siapa orang yang telah banyak melakukan dosa ingin meminta pelindungan dan mengharapkan kemaafan? Aku tahu dalam asma'Mu terkandung perkataan Al-Rahman & Al-Rahim yang menunjukkan engkau sememangnya pemurah untuk memberi kemaafan kepada hambaMu yang bertaubat..Aku berdo’a kepadaMu Rabbi dengan tunduk dan patuh sebagaimana yang telah Engkau perintahkan.Jika Engkau menolak kedua tanganku, lalu siapa lagi yang sanggup dan boleh merahmatiku?Ya Rabbi, senjataku hanyalah air mata dan doaku tidak mempunyai apa-apa selain harapan…Dan indahnya rahmat kemaafan yang telah engkau berikan serta nikmat Iman dan Islam kepada diriku.Semoga nikmat yang telah engkau anugerahkan itu akan berkekalan sehingga aku menghembuskan nafas yang terakhir dengan kalimah "LAILAHA ILLA ALLAH...MUHAMMAD RASULULLAH"... Ameen..