CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Tuesday, April 21, 2009

# MaLu DgN SekePinG GamBaR #


* mungkin fokus tulisan kali ini adalah kepada wanita, tetapi saya sangat mengalukan pembaca muslimin yang mungkin dapat berperanan *

Hati saya tidak tenang setelah membuka beberapa friendster,hi5 dan facebook para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa friendster,hi5 dan facebook yang membuatkan saya berasa tidak senang. Perasaan itu timbul kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum.apatahlagi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.Sebagai saudara seagama,saya juga mempunyai haq untuk menyatakan hasrat hati saya yang sekian lama terpendam untuk memberitahu dan bersuara apabila melihat perkara sebegini.Saya sangat berharap kepada sesiapa yang membacanya akan berfikiran positif terhadap apa yang saya kata kan ini.

Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini sungguh pun, bukan kerana ingin memalukan dan mengaibkan mereka mereka, tetap saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.

Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

“ comelnya awak”

“ geramnye..cantik”

“ aduhai, lawanya mata”



Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, jangan dinafikan perasaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa seperti melayang di awangan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu dengan sekeping gambar.

Tambahan pula,dunia teknologi yang berkembang pesat memudahkan lagi kalian untuk meng'edit' gambar dengan menggunakan bermacam2 software seperti photoshop.Dengan adanya software tersebut,bila diedit gambar yang ada jerawat di muka pun akan jadi tak ada dan yang berkulit gelap akan menjadi cerah.Hal ini akan menampakkan wajah kalian lebih cantik dari yang sebenarnya. Ya,memang benar bahawa Allah itu Maha Cantik dan sukakan kecantikan,tapi jangan lah kalian menyalah gunakannya ke arah jalan yang boleh memberi rangsangan kepada kaum Adam setelah melihatnya.

Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi sesetengah yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya andai apa yang saya katakan ini agak keterlaluan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!

Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan telah diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apakan daya, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

Akhir kata, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah dan jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.

Saturday, April 18, 2009

# HoLidAy is CominG #



Semester Holiday is coming. It's about 3 months. I must have the plans what should,must and want to do during the holidays. I think some of the plans flying in my mind. So happy and gorgeous to do that things. I wish that what have i planned and will plan, it's becoming true and no just a dream..Always pray to Allah, May All of that things(planning)turn out to be a reality not merely a fantasy.

*** InsyaAllah, for this time of holiday i'll make sure that the time will not running ravagely.:)

Wednesday, April 15, 2009

# GoiNg BacK HoMe #



Going back home after finish and seat all the final exam papers that have been taken for this semester..So happy because i can meet with my lovely one and "others" that really important in my life..:)

Sunday, April 12, 2009

# HaPpY DaY #



Alhamdulillah...ucapan syukur yang tak terhingga kepada Maha Pencipta Allah swt kerana telah dan masih memberi nikmat iman dan islam buat diri ini..Hari ini saya telah tamat menduduki 'final exam' untuk semester ini.,Alhamdulillah dan syabas diucapkan kepada diri sendiri,ibu tersayang juga teman2 yang banyak memberi sokongan sepanjang semester serta pada minggu peperiksaan.

Walaupun banyak kekangan dan halangan yang perlu ditempuhi,urusan hidup demi mendapat mardhatillah juga perlu diteruskan.Allah itu Maha Pengasih..memberi kekuatan kepada hambaNYA.Bilangan subjek yang telah saya ambil semester ini sebanyak 9subjek..Lepas tu,buatnya nak diuji kekuatan mental dan fizikal, jadual peperiksaan berderet2 setiap hari..Ya ALLAH....Hanya DIA yang tahu bagaimana perasaan saya untuk mengulang kaji pelajaran bagi setiap subjek.

Hari ini,dah habis...Sangat gembira..buat masa sekarang ni,nak 'release' sangat fikiran..3 minggu mengadap buku siang dan malam tanpa henti..makan pun ala kadar je..hu3...Jadi,sekarang ni baru boleh nak 'enjoy'...Tapi bukan la 'enjoy ' yang melampau...Pastu hari ni juga sangat gembira sebab dah siap2 untuk kemas barang...esok dah nak balik kampung...tak sabarnya...:)Today is my HAPPY DAY!

*** Selamat Tinggal my beloved 'U' untuk seketika....nnt kita jumpa lagi..

Friday, April 10, 2009

# BeTuL Ke? & #




"Shida dah kawen??..ala...bestnye dah kawen..Ramai kawan2 yg 1batch ngan kita dah kawen kan" Selepas mendapat berita bahawa kawan kami yang satu kelas kat sekolah lama dulu telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya,kawan saya yang sorang ni bagaikan tak percaya apa yg telah didengarinya..hurm...

Betul ke best kawen?Memang tak dinafikan yang ada hadith riwayat Al-Tabrani Fil Ausath : Sesungguhnya sesiapa yang berkahwin,maka ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya.Maka bertaqwalah ia pada separuh yang lain..Hadith ini telah mentakkidkan bahawa apabila kita telah berkahwin kita telah menyempurnakan separuh dari agama kita...Ada ke yang tak nak sempurnakan agamanya??..Rasanya semua nak kan...

Tapi apa yang saya nak kongsikan disini ialah,sebelum nak kawen tu mestila kena ada persediaan sama ada dari segi mental dan fizikal...Paras rupa itu tak menjadi masalah kerana jodoh seseorang tu telah ditetapkan..Kalau nak kawen ni,banyak persediaan yg kena buat untuk kita hadapi apabila kita mendapat ujian kelak..Memang benar,perkahwinan adalah satu perkongsian antara 2 jiwa untuk SALING lengkap melengkapi..Mana mungkin 1 yang sempurna dan 1 lagi tak..Allah dah tetapkan yang 2 jiwa itu saling memerlukan antara satu sama lain..

Kalau kita lihat dari segi majlis perkahwinan tu ,memang seronok..Tapi kena juga tengok apa yang pasangan pengantin itu bakal lalui untuk hari depan? "TRY TO THINK OUT OF BOX"..(ini tak bermakna nak su'u dzon kat orang tu)..:)

Kalau la kita memang sudah besedia untuk menerima ujian yang kan mendatang dalam rumahtangga,tak kisah...teruskan la perkara baik itu..cuma kalau tak bersedia ni,tak sampai berapa bulan,dah mula roboh sana sini...Tapi yang peliknya Takdir pula yang disalah...Sering kali saya dengar kalau pasangan suami isteri yang baru kawen ni,pastu bila dah tak tinggal sebumbung lagi,cakap : 'Nak buat macam mana,sudah takdir nasib saya jadi macam ni..'

Seharusnya tak pelu untuk salahkan tak kerana takdir itu tak pernah salah...yang salahnya diri kita sendiri yang sentiasa ingin menentukan hidup bedasarkan kehendak dan kemahuan diri sndiri...

*** Jadi,sentiasa la bersedia dengan ujian dan qada' qadar dariNYA tanpa melihat sesuatu perkara itu pada sudut yang manis sahaja...betul ke best kalau kawen dalam keadan yang x bersedia??:P

Monday, April 6, 2009

# FeeLinG StReEs #



Everytime and Every Semester,i can see this things will happen to all my friends also all students in this campus and sometimes(perhaps-ahaks :0) i also feel like that...




To all My dear Friends, Don't despair,you are not alone!
During revision and exam periods, anxiety and stress are very common problems for students- even for those who appear confident and calm. Believe me, a SMALL amount of anxiety can actually be beneficial. It can make you alert and focused....but too much anxiety means you will trouble thinking clearly and this means you aren't likely to do your best work...

*** So,please be confident in all things!

Wednesday, April 1, 2009

# SaLaM iMtiHaN #






Salam Imtihan diucapkan kepada semua2 kawan yang bakal menempuhi peperiksaan akhir semester.Diri ini Mohon kemaafan dari kalian semua seandainya ada yang terasa hati,sakit hati dan seumpamanya dengan diri saya ini.Lakukan yang terbaik untuk dunia dan akhirat. Allah itu Maha Pemurah terhadap hamba2NYA..Jadi,usahalah dan lakukan persiapan yang rapi sebelum anda bertawakal dengan keputusan yang bakal anda terima.