CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Sunday, November 8, 2009

# ProMoSi #

Sekarang ini masih lagi dibelenggu exam period..Sedang fikiran buntu untuk mentelaah buku yang sememangnya banyak input yang perlu dibaca,saya mengambil masa rehat buat seketika untuk blog walking. Saja je untuk merehatkan minda sambil bertukar bahan bacaan yang lebih santai..(sbb,buku ilmiah ni nk kena ta3ammuq bidiqqoh dia pnya isi kandungan).

While doing my blog walking,saya terjumpa satu blog yang memang menarik perhatian saya. Ianya berkisar tentang pakej jaulah ke Pelembahan Nil. Ya,sungguh menarik andai dilihat pada gambar yang terpampang apatah lagi andai benar-benar dapat merialisasikan jaulah tersebut. Seandainya dikurniakan rezeki yang lebih dariNYA,akan saya kotakan impian ke ardul kinanah itu untuk kali yang seterusnya. Sangat seronok! Sungguh saya amat rindukan pengalaman yang lalu sewaktu berada di sana. Sekiranya ada yang berminat untuk meluaskan pandangan dan pengalaman ke Mesir mungkin anda boleh membuat rundingan harga pakej dengan pihak tersebut. Di sini saya ingin mempromosikan rangkaian tersebut..Sekiranya ada yang berminat,anda boleh terus ke BUKHORINS TRAVEL untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.Maaf ye tuan blog,saya sekadar mengambil peluang untuk berkongsi infomasi yang sangat menarik yang telah pihak tuan tawarkan..Semoga ia dapat memberi manfaat untuk semua..Wallahu a3lam.. :)

Wednesday, November 4, 2009

# BiTTauFiQ WaNnAjaH #


To ALL my friends...Wishing you All the best for you final exam..HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIL...:)

Wednesday, October 21, 2009

# MaY ALLaH BleSs YoU #



Ucapan khas ini ditujukan buat insan2 yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam hidup ini dan tidak dilupakan juga buat sahabat2 di luar sana. Moga Jalinan ukhwah yang terbina akan diberkatiNYA. May ALLAH bless u...Don't regret anything that ever made you SMILE.. Love u all very much!

Thursday, October 8, 2009

# LakaRaN HaTi #



Ya Tuhanku,
Setiap hari Kau tetap dalam keagungan yang sentiasa baru, menukar, meminda, meninggi dan merendahkan darjat manusia, makhlukMu. Sesungguhnya, aku terima dengan penuh rela akan kehendakMu terhadap diriku, hambaMu yang hina lagi tidak berdaya ini.

Wahai Tuhan,
Sebagai hamba yang sentiasa berada di dalam kekuasaanMu, janganlah Kau butakan aku setelah Engkau berikan aku pandangan, janganlah Engkau berjauhan setelah Engkau berada dekat denganku, janganlah Engkau sesatkan aku setelah Engkau berikan aku petunjuk, dan janganlah Engkau kufurkan aku setelah Engkau berikan keimanan kepadaku.

Ya Rabbul Jalil,
Oleh kerana zat Engkau terlalu suci dan agung, sesungguhnya aku berasa amat malu untuk bermohon terlalu banyak daripadaMu lantaran nafsu serakahku pada masa-masa lalu. Walaupun aku telah dilahirkan suci, dengan kerakusanku sendiri sedikit demi sedikit diri ini telah tercemar dan dikotori dengan pelbagai kemungkaran. Maka dengan sendirinya aku jadi semakin tersisih dan terpisah jauh daripada perlindungan dan hidayahMu, ya Tuhanku.

Sesungguhnya wahai Tuhanku, aku ini termasuk dalam golongan mereka yang suka menganiaya dan sering berlaku zalim terhadap diri sendiri. Maka dengan limpah kurnia dan kasihan belasMu sekiranya tidak Engkau ampunkan dosa-dosaku, pastilah aku akan termasuk ke dalam golongan mereka yang rugi.

Ya Kareem
Aku percaya bahawa ihsanMu mendahului kemurkaanMu terhadapku. Walaupun sepenuh bumi ini dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan, hatta biarpun sebanyak buih di luas samudera kemungkaran yang kupikul dibahuku, pada ihsanMu jua yang aku berpaut, pada ihsanMu jua yang kupanjatkan, maka ampunkanlah dosa-dosaku yang telah sekian lama aku kumpulkan dan lakukan. Aku begitu rindukan pancaran nurMu, Wahai Tuhan. Terimalah aku kembali di pangkuan rahmatMu dan dengan itu ampunkanlah dosa-dosaku itu.

Ya Rahman
Berilah kiranya aku hidayah dan petunjukMu. Aku datang kepadaMu biarpun dosaku telah sepenuh bumi ini aku lakukan. Aku hadapkan mukaku ini demi kepatuhanku terhadap kebesaran dan keagunganMu.

Sekiranya hidup itu adalah yang terbaik untukku, maka Engkau tunjukkanlah jalannya walaupun begini keadaannya sekarang. Sekiranya ia tidak baik untukku, maka Engkau tunjukkanlah juga jalannya kerana sesungguhnya aku ini hambaMu yang benar-benar lemah lagi tidak berdaya. Sedangkan Engkau Maha Agung dan Maha Pencipta.

Sebagai hambaMu yang dhaif ini, aku sedar siapalah diriku. Hanya dengan petunjuk dan hidayahMu sahaja yang akan membuat aku tidak akan tergoda pad a sebarang keindahan dan segala yang pura-pura di dunia ini. Aku sedar semuanya cuma bersifat sementara dan akan musnah kemudiannya, selain zatMu sahaja.

Sekiranya aku berpangakat dan berkedudukan , aku tahu dengan kehendakMu jua ia boleh dilucutkan. Sekiranya aku ini berharta , bila-bila masa sahaja Engkau boleh merampasnya semula. Kalaupun aku ini hebat dan kuat, Engkau juga boleh sakitkan aku secara tiba-tiba. Malah sekiranya aku ini sempurna di mata manusia, dengan kuasaMu jua aku boleh Kau cacatkan dengan begitu mudah. Seandainya aku ini kaya-raya, Engkau akan memberi lagi sebanyak-banyaknya untuk terus melekakan aku sehingga terlali, lalu kemudian Engkau matikan. Maka terpaksalah nanti aku menjawab di atas segala ujian dan kurniaan itu.

Sesungguhnya, wahai Tuhan, dengarilah rayuanku ini. Aku tahu akan kelemahanku dan memang tidak tahan dengan ujianMu. Jadi, berilah aku kesederhanaan, supaya aku tak mudah leka, agar aku mudah untuk mendongak ke langit buat merenung cahaya bintang yang bertaburan dan mudah pula buat aku untuk menatap rumput yng melata di atas bumi ini. Sesungguhnya, aku tetap redha di atas setiap pemberian dan ketentuanMu terhadap diriku sebagai hamba yang dhaif lagi tidak bermaya ini…

Akhir Kalam..

Kata Hukama`..

Untuk mencapai kejayaan,berusahalah terus
kerana berjalan itu asal mulanya dari selangkah
pohon beringin yang besar itu asalnya dari satu biji yang kecil
dan burung besar yang terbang diudara itu asalnya dari sebiji telur...

# SalaM KemBaLi #

Salam kembali buat kawan2 dan pengunjung blog ini yang masih sudi untuk menjengah walaupun tiada isi baru untuk dikongsi bersama..Maaf dipinta buat kawan2 yg bertanya tentang diri saya kenapa agak lama tak "update".Kemaafan dipohon kerana selepas datang dari kampung dan waktu belajar bermula seperti biasa,jadual harian agak padat setiap hari.Banyak perkara yang perlu diutamakan..(Mid sem test,submit assignment,nak kena hantar report...)hu3..Rasanya orang lain pun sama gak..Dah nama pun belajar.Mungkin disebabkan saya ni tak pandai nak bahagikan masa dengan betul..Lepas tu mula la nak salahkan benda yang tak sepatutnya disalahkan..hu3 Sorry and thanks a lot to all my dear friends who always asking and taking care about me..I also love you much. Selain itu,rasanya mungkin dah agak terlambat unruk mengucapkan Salam Eidul Fitr untuk semua yang mengenali diri ini..Tapi rasanya boleh lagi kan sebab sekarang ni masih lagi dalam bulan Syawal walaupun ianya akan berlalu tak lama lagi :)..KULLU 'AAM WA ANTUM BIKHAIR..

***Untuk sesiapa yang belum lagi habis puasa sunat syawal,anda masih lagi mempunyai masa..Rajin2 la buat perkara yang sunat kerana ia akan dapat menampung kekurangan perkara2 yang wajib yang telah dan akan kita lakukan.

Sunday, August 30, 2009

# MeRdEkA #


Sudah sinonim dalam kehidupan kita,apabila tibanya bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan,kita dapat lihat ramai 'manusia2' yg ingin mengagung2kan bulan ini. Ramai yang mula memasang bendera pada kereta mereka. Mungkin ingin menunjukkan semangat patriotik pada negara...Tidak salah menyintai negara..malah ia adalah separuh drpd iman...
Seusai solat terawih berjemaah,saya terus pulang ke bilik dan memasang radio IKIM.FM..untuk mendengar pengumumam waktu imsak esok hari. Kebetulan masa saya pasang radio tu,slot tazkirah sedang berkumandang di corong yang bertajuk "merdeka dalam Kemerdekaan" dan diakhiri dengan persoalan membuatkan saya terfikir sejenak. Ada benarnya apa yang telah diberitahu oleh ustaz tersebut...Masyarakat kita hanya merdeka dari segi material sahaja hanya segelintir kumpulan sahaja yang betul2 menghayati erti kemerdekaan..Tahun demi tahun negara kita Malaysia menyambut kemerdekaan.Tetapi mengapa kes jenayah dan seumpamanya makin berleluasa???
Sepatutnya,apabila merdekanya sesuatu masyarakat itu,seharusnya mereka lebih terurus dan cemerlang dalam semua bidang..Kita sekarang ini seolah2 ingin kembali semula ke zaman purba kala. Hal ini berlaku disebabkan ramai di kalangan masyarakat kita meminggirkan agama dalam mengaplikasikan sesuatu perkara. Mungkin bagi mereka tak ikut peredaran zaman.Tapi,tidakkah mereka fikir yang islam mmg sesuai untuk semua masyarakat...Dulu..Kini dan sehinggalah tibanya hari kiamat...Sekiranya semua orang mengamalkan nilai2 islam dalam segala aspek,mungkin mereka akan betul2 Merdeka !
*** Adakah Diri,Iman & Akhlak kita betul2 MERDEKA ???

Thursday, August 20, 2009

# RaMaDhaN KaReeM #

Begitu pantas masa berlalu..dari hari ke hari,minggu ke minggu,bulan bertukar bulan dan tahun silih berganti..Rasa baru je menyambut Ramadhan..dan kini Ramadhan Kareem muncul lagi. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.Alhamdulillah,ucapan yang perlu dan mesti dipanjatkan pada pencipta rabbul Jalil kerana masih lagi memberi peluang untuk diri ini menyambut ketibaan dan merasakan kehangatan Ramadhan yang yang ditunggu oleh seluruh muslimin dan mukminin di seluruh dunia ini.Semoga Ramadhan kali ini,kita sama2 pertingkatkan lagi amal ibadah kita yang kalau sebelum ini berada pada tahap yang 'rendah'..semoga dengan mempertingkatkan lagi amal ibadah pada bulan Ramadhan nanti menjadi titik tolak untuk kita terus istiqamah melakukan amar ma'ruf dan mengumpul sebanyak mungkin 'dana' sebagai persediaan sebelum kembali ke negeri abadi..Ajal itu datang tanpa diundang.Jadi sebolehnya kita bersedia sebaik mugkin dengan amalan2 yang baik untuk menjadi bekalan di negeri akhirat.