CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Tuesday, February 2, 2010

#BiDadaRi daRi TiMuR#

Alhamdulillah...Ucapan syukur dipanjatkan pada RabbulJalil..Buku yang telah lama ku impikan untuk memilikinya dapat jua berada dalam gengamanku.Sewaktu aku ke kota bersama ibu,sempat juga ku singgah sebentar ke kedai buku untuk mendapatkan buku ni.Fikirku,mungkin diriku di antara mereka yang agak ketinggalan untuk membaca dan memiliki 'novellette' ini..Akan tetapi,seusai membacanya,aku berasa cukup puas dan dengan kupasan isi yang dapat diteladani.

Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya.Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka.

Moga intipati buku ini mampu ku jadikan teladan dalam meniti hari yang mendatang. Walau ku tahu, aku takkan mampu menyangka apa yang bakal terjadi kelak.Untuk 'kefahamanku yang terpuji', penuhilah niatmu untuk memilikinya. Nescaya sesal itu tak akan singgah di hatimu.Insya Allah...

Tajuk : Bidadari Dari Timur ( Memoir Isteri Seorang Pejuang )
Hasil Karya : Tuan Sabariah Bt Tuan Ishak
& Illi Sarah Annual Bakri.
Harga pasaran : RM12.90

" Inilah kisah hidupku. Aku memilih untuk menghidu bau syurgaMU, dengan setia bersama suamiku. Telah aku angankan menjejak ke dalamnya, melalui mana-mana pintu yang aku sukai. Ya Allah, aku mohon redha dan syurgaMU. Amin..."
-Datin Tuan Sabariah Bt Tuan Ishak-

Friday, January 29, 2010

#MeNunTuT HaK#







Diam membisu tak terkata..Spechless..Antara beberapa gambar yang sempat diambil semasa solat hajat perdana rakyat kelantan menuntut hak royalti minyak di perkarangan stadium Sultan Muhammad iv semalam..Begitu tega rakyat bersungguh-sungguh memohon pada Ar-Rahim dan Ar-Razzaq agar pihak berkenaan dapat memberi semula hak yang telah dinafikan itu..Ameen Ya Robb.


Wednesday, January 27, 2010

#SuKaRnYa MenTarBiah HaTi#

HATI...Raja dalam diri...Memimpin mengikut acuan yang diberi..terpimpin hati terserlahlah kehebatan diri..Begitu lah sebaliknya..Kerana hati adalah raja yang memimpin.. Menentu hala tuju diri..Segalanya bermula dari hati...Hati perlu dididik..Ditarbiah dengan kaifiyyat yang sebagai mana telah dipandu Al-Quran dan Sunnah..

Sukarnya mentarbiah hati..
Untuk segera redha tiap takdir ketentuanNYA..

Payahnya memujuk hati untuk sabar menanti hikmah di sebalik setiap ujian.. Mungkin kerana hati ini telah banyak di penuhi tompok2 hitam lantaran banyak kekilafan semalam yang belum dibasuh dengan air mata taubat penyesalan... Atau mungkin kerana diri ini sering terleka dengan nikmat pemberian lantas bibir dan hati ini tidak memuji syukur padaNya..

Sukarnya mentarbiah hati....
Di sepanjang jalan menuju redhaMu...ada saja halangan yang mendatang...
Yang mengganggu hati ini...Yang mencacatkan cinta ini hanya untukNYA...

Saturday, January 16, 2010

# isTeri & BidaDaRi #

WANITA SOLEHAH DAMBAAN SETIAP LELAKI...Itulah ungkapan yang sering kita dengari.Tidak kira sama ada lelaki itu seorang yang soleh ataupun tidak,untuk memilih pasangan hidup sudah tentu tiada siapa pun yang inginkan perempuan yang tidak baik untuk menjadi penggerak bagi generasi mereka yang akan datang.Selain itu,nilai wanita solehah ini tiada bandingannya sehigga ia mahal dari seisi dunia dan lebih baik dari bidadari syurga.Akan tetapi,mampukah aku untuk merangkul gelaran wanita solehah walaupun hanya secebis???Hanya diriku sendiri yang boleh menilai..Moga hidayah Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang akan memanduku untuk menjadi seorang wanita yang solehah..Ameen Ya Robb..

Isteri solehah itu penyejuk mata suami tercinta..Duhai teman-teman yang telah bergelar dan bakal bergelar isteri,selalu la perbaiki diri agar kalian akan tergolong dalam golongan yang teristimewa untuk suami kelak.Moga mahligai cinta yang terbina,tidak terputus di tengah jalan malah kekal sehingga ke syurga kelak..Peringatan ini juga ku tujukan buat diriku yang sentiasa alpa apabila diuji dengan kesenangan nikmat dunia yang sementara..:(



Bidadari 2x
Temanilah resahku
Bidadari 2x
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa.
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga...


" Dalam Kelembutanmu, ketegasanmu x tergugah...
Dalam penuh rasa malumu, suaramu menggegar dunia...
Di sebalik halus jemarimu, tergenggam utuh janji setia...
Wahai bidadari syurga, kau tambat hati Yang Maha Esa....."

" Aduhai para bidadari syurga.....
Mendengar lagu dan membaca hikayat kalian membuatkan aku tertanya-tanya..
Mampukah aku menjadi seperti kalian?
Layakkah aku berada di sisi kalian? Sedangkan sejarah aku tidak setanding riwayat kalian...pengorbananku tidak tersaing perjuangan kalian dan kehambaanku tidak sehebat pengabdian kalian..."

Sunday, January 10, 2010

#FiRsT eNtRy#

Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun baru 2010 saya masih diberi peluang untuk menghirup udaraNYA dan juga pinjaman nyawa dan Iman yang tidak ternilai.Tahun baru 2010 sudah pun menjangkau 10 hari bilangannya.Dek kerana kesibukan yang tidak dapat nak dielakkan dan tidak pandai menguruskan masa dengan baik,jadi ini la entri pertama yang dapat ditulis untuk tahun ini :)

Semoga tahun 2010 yang masih berbaki 11 bulan dapat kita isikan dengan benda yang bermanfaat dan berguna untuk diri kita sendiri juga untuk orang lain.Adakah sepuluh hari yang berlalu untuk tahun ini telah kita habiskan dengan baik atau sebaliknya dan senarai azam-azam baru untuk tahun ini telah kita mulakan?Soalan ini saya tujukan untuk diri saya sendiri dan juga kawan-kawan di luar sana.Mari lah Sama-sama kita renung untuk mara ke hadapan dengan harapan hari ini lebih baik dari semalam dan esok adalah yang terbaik dalam kamus kehidupan kita.

Selain itu,Harapan saya agar entri-enri saya pada tahun ini lebih baik lagi dan ada mesej yang berguna untuk kawan-kawan diluar sana walaupun terlalu sedikit dan dikira sebagai pahala dalam menyampaikan dakwah jika nak dibandingkan dengan rakan-rakan blogger yang hebat dalam menyampaikan mesej dan memberi kesan di hati pembaca.Saya tahu,blog saya ini tidak banyak input yang berguna yang dapat dikongsikan bersama.Akan tetapi saya tidak mahu untuk berputus asa untuk membuat kebaikan dengan berkongsi tentang apa yang saya tahu dengan rakan-rakan semua kerana konsep SEDIKIT ITU LEBIH BAIK DARI TIADA yang saya tanamkan dalam diri akan membangkitkan semangat saya untuk terus menulis....:P

***First entry of this year in the first month..(",)

Thursday, December 31, 2009

# 1430H vs 2009M #


Terasa begitu pantas masa berlalu..Alaf Y2K kini sudah melangkau 1dekad..Rasanya seperti semalam sahaja kita baru menyambut Alaf 2000.Kadang-kadang susah untuk mempercayainya,tetapi inilah hakikat yang saya harus terima bahawa masa itu tidak akan menunggu kita.Pepatah melayu ada mengatakan bahawa " Masa itu Emas"..Ia menunjukkan bahawa tingginya nilai masa itu sehingga dibandingkan dengan nilai emas yang tidak turun harganya dan ada kalanya masa itu lebih berharga lagi dari emas.

Tahun hijri 1430 sudah 2 minggu meninggalkan kita dan kini kita telah pon memasuki tahun 1431H.Manakala tahun 2009 bakal meninggalkan kita mungkin hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi(ikut jam saya menulis ni) dan 2010 akan tiba.Saya pasti majoriti masyarakat dunia ini telah "list down" kan segala azam baru untuk menempuhi tahun baru.Tinggalkan yang keruh dan ambil yang jernih..Mungkin juga diri saya tergolong dalam kelompok yang menyenaraikan azam baru apabila tibanya tahun baru..Akan tetapi adakah ia akan terlaksana ataupun sekadar untuk memenuhi ruangan kertas kosong sahaja??Sama-samalah kita doakan agar setiao azam yang baik itu mampu kita penuhi dan laksanakan dengan jayanya.

1430H dan 2009M banyak menggamit memori.Hilai ketawa mahupun deraian air mata sudah saya tempuhi.Maha Hebatnya Allah mengatur hidup hambaNYa.DIA tidak membiarkan hambaNYA sentiasa berduka dan tidak juga melalaikan hambaNYA dalam keriangan..Kenangan Manis akan saya sematkan dalam kotak fikiran sedalam dalamnya dan kenangan pahit juga akan saya simpan dalam diri untuk jadikan pedoman di hari muka.

Sebelum nafas terhenti mata tertutup rapat untuk selamanya,insyaAllah untuk 1431H dan 2010M akan saya lakukan yang terbaik untuk setiap aspek tidak kira dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi. Semoga perubahan yang dilaksanakan itu seiring dengan masa yang berlalu malah lebih baik dari itu..Sentiasa lah berdoa untuk kebaikan dan terhindar dari keburukan.Sesungguhnya Allah itu tidak pernah menzalimi hambaNYA melainkan hamba itu sendiri yang menzalimi dirinya sendiri. Ya Allah,bantulah hambaMU ini dan ku benar-benar memohon NusrahMU untuk menempuh ranjau hidup di dunia yang berliku.

*** Selamat Tinggal 1430H&2009M !

Monday, December 28, 2009

#BuaT SeMua SaHabaT#

Antara cinta dan persahabatan

andai aku diberi pilihan untuk untuk memilih antara kedua2nya,

akan ku pilih kedua2nya ,

bagiku ia sama2 bererti dan bernilai dalam hidupku...

Cinta...
suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya,

kerana disebalik keindahan itu,

tersirat seribu kepahitan,

pastinya meretap kedamaian jiwa.

seorang pecinta setia,

taktala ikatan diundang kekecewaan.

namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa

yang punya hati dan perasaan..
Hikmat yang tersimpan disebalik anugerah ini,
tak terungkai dengan bicara di bibir
tak tergambar dengan lakonan,
begitu syahdunya kurniaan Ilahi,
lahirnya dari hati seorang insan,
berakal,beremosi dan penyayang....

Persahabatan

suatu ikatan yang lahir dari hati

keinginan yang ikhlas,

bagi berkonsi tangis,tawa,kasih sayang serta keakraban,

sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya,

tentang impian dan pengertian hidup ini..

Persahabatan yang murni dan suci

adalah sebuah perhubungan yang disulami dengan benang kejujuran,

diwarnai dengan keikhlasan,

dicurahi dengan kasih sejati,

sekiranya menjadi gunting dalam lipatan,

robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan...

Teman yang budiman,

mengertilah maksudku ini,

sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku,

sejak perkenalan kita.

Kita bina tugu persahabatan,

yang dipagari besi kedewasaan,

yang teguh berdiri megah dilaman hati kita,

tak tumbang dek rintangan,

hanya satu pintaku,

agar dikau sentiasa mengingati diriku...


Salam UKhwahfillah...