CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Thursday, July 29, 2010

#AgaK Lama#

Salam kerinduan dariku buat sahabat2 sekelin..sudah lama rasanya tidak bersua utk berkongsi maklumat serta mencoret sepatah dua kata sebagai kenang-kenangan di hari muka..Kekangan demi kekangan yang hadirnya tidak pernah diundang,membuatkan saya tidak berkesempatan untuk mencuri sedikit masa yang sangat berharga itu untuk mengabdikan kalam disini..Buat sahabat yang sering bertanya tentang keadaan diri saya sekarang ini,Alhamdulillah saya masih lagi dianugerahkan Allah dengan nikmat sihat yang tidak dapat dihitung..Bagi menceriakan semula ruangan alam maya yang saya ada ini,saya memerlukan masa yang betul2 sesuai kerana ianya akan membuatkan perasaan saya seronok saat jemari menari atas papan kekunci..Sehingga jumpa lagi di lain waktu..(^_^)

Tuesday, June 8, 2010

#MaafKan DiRiku#

Entri khas ini saya tujukan untuk ALONG & FIZAH serta yang seangkatan dengan pemikiran mereka berdua.Maafkan diriku kerana terpaksa menulis entri ini dalam keadaan yang agak terpaksa,tidak lain tidak bukan hanyalah untuk membuka pemikiran insan lain agar tidak berfikiran terlalu jumud dalam sesetengah perkara.Soal rezeki,jodoh dan ajal maut semuanya telah ditetapkan oleh yang Maha Pencipta sejak azali lagi..Sehebat mana pun kalian,kalian tidak akan mampu untuk mengubah ketetapan itu.

Terkejut??mungkin lebih kurang begini ekspresi muka mereka yang terkejut dengan sesuatu perkhabaran..Tidak perlu untuk kalian terkejut dengan siapa saya bakal berkahwin,dengan siapa saya mempunyai teman rapat dan sebagainya.Allah itu Maha Bijaksana mampu melakukan apa sahaja mengikut kehendakNYA..Setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersirat.Bila2 masa sahaja hati manusia itu boleh berubah..Yang sudah bergelar suami isteri pun boleh bercerai,masakan lagi mereka yang belum mempunyai ikatan yang sah.

Mungkin kalian berdua rasa berlapang dada bila dapat menulis di ruangan shoutmix tentang hal ini.Saya sedikit pun tidak kisah,cuma apa yang saya agak pelik kenapa kalian tidak bersua dengan saya melalui cara yang lebih efisyen untuk mendapat maklumat bagi menutup rasa gelora dijiwa kalian??Kalian merupakan manusia yang berani bukan??kenapa perlu menggunakan nama samaran untuk memberitahu sesuatu perkara??Usah berselindung di sebalik nama kerana saya memang sangat mengenali siapa diri kalian hatta orang lain tidak mengenali kalian..

Maafkan diri saya sekali lagi kerana saya seorang hambaNYA yang sangat daif hanya mampu merancang dalam setiap perkara,tetapi kuasa untuk melunaskan setiap rancangan itu bukan terletak di tangan saya.Saya ambil suatu contoh yang bagi kalian mungkin agak pelik..Katakan setaip hari saya nampak kalian sentiasa berdamping dengan buku,menjelang peperiksaan kalian dapat menjawabnya dengan baik,tetapi bila tiba hari keputusan diumumkan kalian mendapat keputusan "GAGAL"..Adakah itu sesuatu yang pelik??Orang lain nampak kalian hebat..Ulat buku,tetapi bila dapat keputusan sebaliknya..Jika difikir ikut logik akal manusia tidak sepatutnya berlaku perkara sebegitu.Perancangan kalian cukup rapi untuk mendapat natijah yang cemerlang,akan tetapi siapa duga apa yang kalian dapat itu sebaliknya!!!

Tidak perlu untuk saya menjelaskan dengan panjang lebar kerana kalian pun dari golongan mereka yang cerdik pandai,mempunyai asas agama yang boleh membezakan antara Qadar yang boleh diubah dan sebaliknya..Cuma,apa yang ingin saya tekankan,buanglah setiap pemikiran yang ortodoks kerana ia akan menzahirkan kelemahan kalian..Walaupun manusia lain tidak mengenali siapa kalian,tetapi cukuplah Yang Maha Pencipta mengetahui setiap gerak geri isi hati kalian!
Setiap yang bernama manusia tidak akan sunyi dari kesalahan.

MAAFKAN DIRIKU

#JeMpuTan WaLimaTul `AruSaH#





Salam..Agak lama rasanya tidak bersua di alam maya ini..Banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan..Di kesempatan yang ada,saya dengan rendah diri ingin menjemput kawan2 yang mengenali diri ni tidak kira di mana jua,anda dijemput untuk datang ke Majlis Perkahwinan saya pada hari Ahad,13 Jun 2010 bersamaan 30 JamadilAkhir 1431 H di kediaman saya 123,Kg Che Deris,Jalan Pantai Cahaya Bulan,15350 Kota Bharu Kelantan.Semoga dengan kehadiran anda semua dapat menyerikan lagi majlis ini dan mendapat keberkatan dariNYA...Ameen




Monday, May 3, 2010

#SejEnaK#

Hari-hari yang berlalu sepi dan terus menghilang.Bilangan angka yang zahirnya nampak makin bertambah,hakikatnya mengurang gugur satu persatu.Manusia yang masih dikurnia helaan nafas terus bernafas.Nafas yang berbeza dan helaan yang tersendiri.Jauh disatu sudut,satu nafas yang seakan sesak dan sepertinya nazak mahu meninggal alam.Namun,sesakan nafas itu sendiri.Mahu dikhabarkan pada keliling,namun suaranya sudah tiada,kudratnya terlalu lemah,semangatnya seolah hilang,bahkan jiwa dan hatinya turut bagai pedih menanggung derita.

Mentari dan bulan yang silih berganti hanya mampu memandang penuh simpati.Sinar mereka juga seolah samar namun penuh patuh menurut.Nafas siapa itu?Wanita tuakah?atau anak kecil yang tiada upaya?atau mungkin juga seorang gadis yang dicemar hormatnya?Juga mungkin si kurang upaya yang istimewa namun disisih?Semua itu hanya kebarangkalian,yang pasti nafas yang sesak penuh payah itu adalah dunia yang makin dekat dengan akhirnya.

Hari ini,sejarah dunia tercatat lagi.Seluruh dunia,dari sekecil-kecil surat hinggalah sebesar-besar akhbar dunia.Segala peristiwa dicatat.Tentang jenayah yang menakutkan,tentang hiburan yang melalaikan,tentang bencana alam bagai petanda,tentang kisah masyarakat yang meruncing,tentang kisah cinta dua jiwa,tentang perayaan sesuatu pertubuhan,juga tentang dunia sukan yang menghiburkan?Segalanya menjadi sejarah dunia.Dan semestinya ia akan dilupai satu ketika nanti.Hanya sebentar ia muncul,pantas masa mencantas sejarah itu dan melahirkan lebih banyak kelahiran peristiwa baru yang selari dengan kehendak semasa mungkin.

Bagi mereka yang nafasnya berjiwa hamba dan helaannya penuh rasa syukur,segala iktibar alam dikutip dan dikepil buat pedopan hidup.Kerana sedarnya alam ini sementara,hidup ini seketika,dan kerana segalanya hanya satu ujian.Jiwa yang rapatnya denga nal-Khaliq sentiasa merintih memohon lindung.Lindung dari menjadi salah satu pencipta sejarah dunia yang menipu.Tidak dan enggan menjadi antara pelakon-pelakon dunia yang sementara.Doanya,biarlah dia menjadi teladan buat generasi Rabbani.Biarlah dunia terus menerima sejarah-sejarah baru.Perjalanannya tetap dengan pegangan al-Quran dan As-Sunnah.Kerana sedar nafas dunia helaannya perit dan payah...

Thursday, April 1, 2010

#SePi TanPa SunYi#

Dengan lafaz suci,aku mula menyusun,dengan salam teragung,aku mula mengatur.Sudah lama tidak menulis di laman bunga hijau ini,bermakna juga,sudah lama aku tidak berbicara dengan hati.Jika ada pun bicaraku dengan hati,seketika cuma.Lebih banyak bicaraku bersama insan keliling.Namun tidak bermakna aku keras membatu menyepi bicara..ada,cuma tidak tertulis..Alhamdulillah,waktu-waktu itu telah aku lewati,dan muncul jua ruang bicaraku untuk diri sendiri.Semoga hatiku tidak rajuk dan menyukarkan aku membawa hati ke laman suci.
Salam bicara...dari bumi tanah tumpah darah.

Wednesday, March 24, 2010

#ExaM MooD#

My final exam for this semester is around the corner.Pray for me...

This is my exam schedule....

24March 2010............................CLASSICAL PROSE TEXTS

25March 2010............................METHODS OF TEACHING ISLAMIC EDUCATION 1

30March 2010............................TAFSIR AL-AYAT AND AL-HADITH AL AHKAM & METHOD OF TEACHING ARABIC LANGUAGE 1

1April 2010................................SYLLABUS DESIGN AND MATERIALS PREPARATION FOR TASL

4April 2010...............................ISLAMIC THEOLOGICAL THOUGHT

5April 2010 Onwards...............WANNA SPEND MY VACATION WITH "TheM"........................=)

Thursday, March 18, 2010

#MaHaR vs HanTaRan#

Cuti persekolahan penggal 1 bakal melabuhkan tirainya..Akan tetapi masih ramai kawan-kawan dan sahabat-sahabat di luar sana mengambil peluang cuti keemasan ini untuk menamatkan zaman bujang mereka bersama insan tercinta dan menghabiskan masa dengan sanak saudara.Semoga talian ukhwah dan kekeluargaan itu sentiasa berkekalan.

Sudah menjadi lumrah dan tradisi masyarakat di Malaysia mengambil kesempatan untuk membina mahligai cinta pada musim cuti sekolah.Dalam perkahwinan itu wujudnya mahar yg mana telah ditetapkan oleh syara' sebagai hadiah untuk yang bergelar isteri.Rasulullah saw telah bersabda dimana sebaik-baik perempuan itu adalah yg paling murah maharnya.

Lain pula tradisi masyarakat kita.Apabila diberinya mahar itu,diselangi pula dengan hantaran yang berdulang2 banyaknya.Semua ini mengikut kemampuan pihak lelaki.Konsep perkahwinan itu adalah untuk menyatukan dua hati atas jalan yang diredhai oleh Allah dengan tidak membebankan mana-mana pihak.Tujuan perkahwinan itu dihebah-hebahkan pula kepada orang ramai dengan bertujuan tidak timbulnya fitnah apabila pasangan itu bersama kelak.
Untuk entri pada kali ini,saya ingin bekongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang apa yang telah saya fahami bekenaan dengan mahar dan hantaran.

Apakah Mahar?
Ia adalah mas kahwin. Apa itu mas kahwin? Ia adalah hak orang perempuan yang mesti diberi oleh bakal suaminya. Dan hak ini dijamin oleh Islam sebagai sebuah penghargaan dan penghormatan kepada kaum wanita.

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada mahar?
Terdapat empat syarat yang mesti ada pada mas kahwin.
Pertama : Harta yang bernilai dan berharga
Kedua : Benda yang dibverikan itu mestilah bersih (tidak najis)
Ketiga : Harta yang diberikan itu bukan harta rampasan
Keempat : Benda yang diberikan itu hendaklah jelas benda dan jumlahnya.

Walaubagaimanapun, al-Quran juga boleh dijadikan mahar . Al-Quran yang dimaksudkan di sini ialah apa yang dihafal, dipelajari, diamalkan serta mampu diajarkan oleh bakal suami. Dan hafal di sini tidak bermakna 30 juz al-Quran, bahkan dengan beberapa surah juga sudah memadai. Begitu juga tidak dimaksudkan dengan al-Quran di sini dengan sebuah mashaf al-Quran yang cantik, mahal, berdakwat emas ataupun sebagainya yang lebih kepada sifat zahir serta simbolik semata-mata.

Mashaf yang cantik ini seringkali dijadikan simbol hadiah dalam majlis-majlis perkahwinan. Apa yang menyedihkan ialah mashaf tadi hanya bakal menjadi perhiasan rumah semata-mata. Isi kandungannya langsung tidak dibelek, dibaca mahupun dipelajari. Dan kalaupun dibaca, ia tidak diamalkan. Sebab itulah amalan menjadikan mashaf al-Quran sebagai simbolik ini tidak betul untuk disandarkan kepada hadith yang membolehkan seseorang bernikah bermaharkan al-Quran.

Selain itu, terdapat satu lagi istilah yang baik untuk kita fahamkan dalam bab mahar ini iaitu hantaran.
Benar, terdapat aspek positif daripada hantaran ini seperti boleh mencerminkan sifat toleransi, hormat-menghormati, dan kesungguhan oleh dua keluarga yang bakal bersatu. Perhatikan dua sudut berikut:
Pertama: Apabila pihak lelaki menghantar wang kepada bakal mentua untuk perbelanjaan perkahwinan (dikenali juga dengan istilah belanja hangus).
Kedua: Hadiah-hadiah (pakaian, makanan, wang dan sebagainya) yang diberi oleh pengantin lelaki kepada pihak bakal isteri dan begitu juga sebaliknya.

Dalam konteks kedua-dua pihak bakal mempelai ini mampu untuk hadiah-menghadiahi, beri-memberi dan belanja-membelanja, maka tidak ada masalah (asal jangan membazir). Tapi bagaimana pula jika sebaliknya?
Budaya hantaran ini boleh bertukar menjadi negatif dan sangat buruk apabila ia diwajibkan dengan jumlah serta harga yang tinggi. Inilah yang wajar kita basmikan dalam amalan masyarakat tanah air. Agar setiap perjalanan perkahwinan itu benar-benar selaras dengan syariat. Lagipun, yang wajib dalam Islam ialah mahar, bukannya hantaran.

Satu lagi fenomena yang mungkin boleh kita perhatikan ialah nilai mahar dalam masyarakat kita yang selalunya rendah dan dalam masa yang sama nilai hantaran pula jumlahnya beribu-ribu. Mengapa terjadi demikian? Barangkali mereka beranggapan dengan mahar yang rendah itu sudah menjadi lesen untuk mereka diberkati. Manakala hantaran pula demi memenuhi kehendak keluarga, suasana dan budaya, maka mesti ditinggikan. Apa yang berlaku ini tidak tepat dengan kehendak Islam. Dan sekalipun benar Islam tidak menggalakkan mahar yang tinggi, namun lebih dari itu, Islam juga mementingkan agar urusan perkahwinan itu dipermudahkan. Mahar yang rendah dengan hantaran yang tinggi bukanlah jalan penyelesaian yang baik.

Begitulah beberapa noktah kekeliruan yang terdapat dalam pengamalan masa kini. Semoga dengan tulisan yang ringkas ini mampu membantu generasi hari ini dalam membina sebuah perkahwinan dan keluarga yang baik, diberkati dan bahagia.Kesimpulannya,adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk lebih berfungsi dalam masyarakat khasnya untuk menyebarkan kefahaman Islam tentang mahar dan kekeluargaan yang baik.