Terlalu pantas masa berlalu.Bagaikan tesedar dari buaian mimpi..Semester Baru akan bermula Isnin depan. Entah apa yang telah saya lakukan sepanjang cuti yang telah ditetapkan untuk tempoh yang telah berlalu..Adakah saya mengisinya dengan perkara yang berfaedah @ sebaliknya..Moga2 ianya berfaedah untuk diri saya sendiri dan juga agama.. Hanya DIA yang layak menilai dan memberi 'gred' di atas perkara yang telah saya lakukan sepanjang cuti ini.. Rasanya baru saja lepas 'stress' Final exam.. Beberapa hari lagi semester baru bakal menjelma..Bersediakah saya untuk menempuhi dan membawa amanah yang agak berat iaitu menimba ilmu.. Kata orang,belajarlah selagi ada kemampuan dan kemahuan.. Semoga dengan memasuki semester baru semangat dan keazaman saya untuk menimba ilmu akan bertambah.. Saya dah tak sanggup untuk menerima keputusan exam seperti semester yang lalu.. Mungkin nawaitu tak betul..sebab tu la dapat result pun ntah pape..:(
Pepatah melayu ada mengatakan " bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian".. Ayat nak sedapkan hati..he3... Mak saya selalu cakap macam tu. Waktu belajar ni kena la byk bersabar,nanti dapat rasa la kemanisannya pada masa hadapan..harap2 macam tu la.. Diharap,semester depan dapat memberi seribu sinar semangat untuk menimba dan membawa amanah yang telah ditetapkan..
No comments:
Post a Comment