Salam ukhuwwah dan rindu buat kawan2 & pengunjung2 (ada ke :P) blog ni semua..Rasanya dah lama sangat tak update blog ni dek kesibukan yang melanda pada diri ini. Sibuk dengan aktiviti,assignment yang begitu banyak & sesetengah "sibuk" yang tidak dapat dielakkan. Hari ni agak lapang sedikit masa,jadi tak nak lepaskan peluang untuk "mengupdate" blog ni...
Sekarang ni masalah air melanda IIUM ni disebabkan ada kemalangan yang telah berlaku dekat sungai Gombak( kurang pasti)..Jadi,hari ni (jumaat) pihak pentadbiran telah bagi cuti kepada semua pelajar2 untuk pulang ke rumah..Sebagai seorang perantau,agak berat untuk saya untuk pulang dek cuti hanya 3 hari sahaja.Tambahan pula masa perjalan dan harga tiket agak membuat diri saya 'kedekut' untuk balik..Jadi,saya habiskan masa hujung minggu saya dekat asrama sahaja untuk menyiapkan assignment yang bertimbun2 tu..Hu3...
Bila ada masalah air berlaku,baru la semua pelajar ni,tahu nak berjimat cermat menggunakan air,,maklum la kena catuan air,,kalau tak,guna untuk basuh baju ,mandi berjam2 sampai membazir air tu. Mungkin ini juga sebagai peringatan dariNya dengan menguji makhlukNya dengan pelbagai2 ujian.Dengan ujian,ia boleh meningkatkan tahap keimanan kita dengan syarat kita kena banyak bersabar dab bersyukur.
No comments:
Post a Comment