CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Monday, January 26, 2009

<<< DiPercaYai vs DiCinTai >>>

Semakin sukar mencari pemimpin yang boleh dipercayai {Tidak kira pemimpin dalam kelompok yang kecil (keluarga) @ besar (masyarakat)}. Padahal kalau ditanya apakah syarat utama untuk seorang pemimpin? Jawabnya ialah kepercayaan. Itulah cabarannya.Tentu terlalu sukar untuk mempercayai seseorang pada masa kini.

Di Amerika,dengan nada sindiran ada yang mengungkapkan :

" We thought we could trust the military,
But then came vietnam ;
We thought we could trust the politicians,
But then came watergate ;
We thought we could trust the engineers,
But then came the Challenger disaster...

Tanpa kepercayaan,kita hilang segala2nya. Kepercayaan adalah faktor paling utama yang menentukan kejayaan satu2 hubungan, sama ada yang berbentuk personal mahupun profesional.Apabila ada kepercayaan, maka prasangka,cemburu,marah,hasad dengki dan lain2 sifat mazmumah yang boleh menggugat perhubungan akan dapat diatasi.

Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya,cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti - sifat amanah,jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa.Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya.Bila orang mempercayai kita,pengaruh kita meningkat dan hal ini akan menyebabkan kita berjaya dalam memimpin.

Ingat,kepimpinan adalah pengaruh.Inilah rahsia kejayaan kepimpinan Rasulullah SAW. Keunggulan kepimpinannya diawali oleh kepercayaan masyarakatnya sehingga baginda digelar al-Amin sebelum kerasulannya dan diperkukuhkan lagi dengan sifat siddiq(benar) dan amanah selepas itu.

Kata bijak pandai,dipercayai lebih utama dari dicintai.Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai - sama ada oleh pasangan,ibu bapa dan sahabat handai,tetapi percayalah jika kurang dipercayai lama kelamaan cinta orang terhadap kita akan terhakis.Lihatlah betapa banyaknya hubungan yang terputus antara ibu bapa dengan anak,suami dengan isteri dan pemimpin dengan pengikut lantaran hilangnya kepercayaan.

Bila hilang kepercayaan,rasa cinta,hormat,kasih dan taat akan musnah.Sampai bila pun manusia lebih mempercayai matanya berbanding telinga. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) - action speaks louder than words....

Copyright : SOLUSI(bil 3)

1 comment:

  1. I just really love your thoughts in your blog. You have a good soul. Keep it safe. May Allah bless you lady =)

    - meamizuno

    ReplyDelete