Alhamdulillah…ucapan syukur dipanjatkan buat Rabbul Jalil..Selawat dan salam buat junjungan besar rasul SAW,ahli keluarga serta sahabat baginda dan juga tabi’-tabiin..
Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan hari bapa untuk insan2 yang bergelar bapa..Sesungguhnya jasa seorang bapa itu amatlah besar dan tidak boleh dibanding dengan nilai bayaran..Setitis keringat yang mengalir di dahi tua seorang bapa,sudah tentu tidak ada yang lain dalam hatinya kecuali jihad untuk membesarkan anak-anak tersayang dan ingin melihat anak-anaknya berjaya..
Teman…beruntunglah sekiranya kamu masih lagi mempunyai dan mendapat kasih sayang seorang ayah. Hargai lah kasih sayang tersebut kerana apabila kau kehilangannya kelak,amat la terasa yang dirimu sangat memerlukannnya untuk menjadi pembakar semangat buat dirimu di hari muka..
Teman…Seandainya sekarang ini sebutir permata yang berharga buatmu telah tiada..Usah kau sedih dengan kehilangannya dan pemergiaannya.. Sekiranya ketika hayatnya masih ada dulu, ada perkara yang kau telah membuatkannya sedih,iringilah ia dengan doa..sesungguhnya tiada apa yang diharapkan oleh seseorang yang telah meninggalkan kita melainkan 3 perkara dan salah satu darinya ialah doa seorang anak yang soleh/solehah.. Jadikan kehilangan permata tersebut sebagai satu cabaran buatmu untuk bangun menjadi ummah yang terbilang akhlaknya. Tiada sebab untuk ka uterus menyerah kalah dengan perginya sebutir mutiara yang salama ini berkilauan dalam hidupmu..
Teman,hargailah sebuah kasih sayang seorang lelaki yang bergelar dan pernah bergelar ayah dalam hidupmu kerana sesungguhnya tiada lagi kasih sayang yang boleh diberikan oleh orang lain sama seperti ‘lelaki’ itu..
*** Terima Kasih tak terhingga ku ucapkan buat insan yang bergelar ayah..Ku doa segala Jasamu membesarkan dan mendidik anak-anak sehingga berjaya menjadi insan yang berakhlak mulia itu,akan mendapat ganjaran yang tak ternilai dari Allah SWT.
Monday's Rambling
10 years ago
No comments:
Post a Comment