CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Friday, April 10, 2009

# BeTuL Ke? & #




"Shida dah kawen??..ala...bestnye dah kawen..Ramai kawan2 yg 1batch ngan kita dah kawen kan" Selepas mendapat berita bahawa kawan kami yang satu kelas kat sekolah lama dulu telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya,kawan saya yang sorang ni bagaikan tak percaya apa yg telah didengarinya..hurm...

Betul ke best kawen?Memang tak dinafikan yang ada hadith riwayat Al-Tabrani Fil Ausath : Sesungguhnya sesiapa yang berkahwin,maka ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya.Maka bertaqwalah ia pada separuh yang lain..Hadith ini telah mentakkidkan bahawa apabila kita telah berkahwin kita telah menyempurnakan separuh dari agama kita...Ada ke yang tak nak sempurnakan agamanya??..Rasanya semua nak kan...

Tapi apa yang saya nak kongsikan disini ialah,sebelum nak kawen tu mestila kena ada persediaan sama ada dari segi mental dan fizikal...Paras rupa itu tak menjadi masalah kerana jodoh seseorang tu telah ditetapkan..Kalau nak kawen ni,banyak persediaan yg kena buat untuk kita hadapi apabila kita mendapat ujian kelak..Memang benar,perkahwinan adalah satu perkongsian antara 2 jiwa untuk SALING lengkap melengkapi..Mana mungkin 1 yang sempurna dan 1 lagi tak..Allah dah tetapkan yang 2 jiwa itu saling memerlukan antara satu sama lain..

Kalau kita lihat dari segi majlis perkahwinan tu ,memang seronok..Tapi kena juga tengok apa yang pasangan pengantin itu bakal lalui untuk hari depan? "TRY TO THINK OUT OF BOX"..(ini tak bermakna nak su'u dzon kat orang tu)..:)

Kalau la kita memang sudah besedia untuk menerima ujian yang kan mendatang dalam rumahtangga,tak kisah...teruskan la perkara baik itu..cuma kalau tak bersedia ni,tak sampai berapa bulan,dah mula roboh sana sini...Tapi yang peliknya Takdir pula yang disalah...Sering kali saya dengar kalau pasangan suami isteri yang baru kawen ni,pastu bila dah tak tinggal sebumbung lagi,cakap : 'Nak buat macam mana,sudah takdir nasib saya jadi macam ni..'

Seharusnya tak pelu untuk salahkan tak kerana takdir itu tak pernah salah...yang salahnya diri kita sendiri yang sentiasa ingin menentukan hidup bedasarkan kehendak dan kemahuan diri sndiri...

*** Jadi,sentiasa la bersedia dengan ujian dan qada' qadar dariNYA tanpa melihat sesuatu perkara itu pada sudut yang manis sahaja...betul ke best kalau kawen dalam keadan yang x bersedia??:P

No comments:

Post a Comment