CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Wednesday, April 22, 2009

# DenGki SeBaB Tak CaNtiK #


Setelah post entri yang boleh menyebabkan sensitiviti sesetengah pihak(malu dengan sekeping gambar),petang tadi saya mendapat komen dari anonymous pada jam 6.50 ptg :"Hye kawan! Dah tak ada citer len ke nak gtau selain citer ttg ni. Dengki ke x dpt nk post gmbr kat tnet? Ni mesti muka awk x cantik kan? biasanya org yg x cantik ni la ramai yg dengki coz x blh nk tunjuk gambar dia.Kesian,dengki tu terus terang aje la.Kalo dah hodoh tu tetap hodoh jgk.Tak akan cantik dah". Saya tahu,ada pihak yang akan melenting dengan entri tersebut.Tetapi,apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada pihak2 yang memberi pandangan yang positif. Sebenarnya, saya telah pun menulis entri ini pada satu ketika dahulu pada blog saya yang lama,tapi sayangnya blog saya tu tak dapat nak diselamatkan sebab terkena jangkitan virus.Memang di blog yang lama pun terlalu ramai sangat yang tak puas hati tentang perkara ni.Tapi nasib baik ada back up file dan saya cuba post sekali lagi pada blog saya yang baru ni. Nak tahu apakah ramai yang dah sedar @ masih tak puas hati.

Seusai membaca komen dari anonymous tadi,saya berasa sungguh kecewa dan kesal dengan apa yang telah diperkatakan olehnya.Kecewa dan kesal dengan respond yang telah diberi.Kepada anonymous dan "mereka" yang tidak puas hati membaca entri tersebut,secara jujurnya tiada sekelumit pun perasaan dengki yang timbul di hati saya dengan perbuatan kalian,bahkan apa yang timbul di lubuk perasaan saya ialah geram dan jelek bercampur sedih melihat kerenah2 kalian yang begitu senang meletakkan gambar bagi tontonan percuma untuk tatapan kaum Adam.Adakah disebabkan saya ni tak secantik kalian,saya menulis entri sebegitu?aggapan itu sama sekali tidak benar.Cantik @ tidak wajah saya ini,saya sangat2 bersyukur dan berterima kasih kepada Al-Khaliq yang mencipta saya.walau apa pun yang anonymous atau kalian yang lain nak kata,yang saya dambakan ialah biarla wajah saya ni tak cantik bagi penduduk bumi,asalkan cantik dan nama saya sering disebut oleh penduduk langit.


Saya harap kalian cuba lembutkan la hati menerima teguran dengan hati yang terbuka. sesuai dengan naluri seorang perempuan.Menunjukkan gambar dengan posing yang menggiurkan kepada kaum Adam adalah satu dosa yang besar.Tidakkah kalian berasa takut dengan tindakan sebegitu?Tidakkah kalian fikir,apabila gambar yang menarik perhatian kaum Adam itu di'grab' tanpa pengetahuan anda dan dijadikan wallpaper,sudah pasti gambar anda itu akan ditonton setiap hari oleh mereka2 yang lemah imannya?.Sedangkan mereka yang kuat iman pun akan terconggang imannya bila melihat pose yang sangat menggiurkan itu.Mahukah kalian digelar anak panah syaitan kepada kaum Adam?Sudah tentu sekali tiada siapa pun yang mahu kan 'title' tersebut.

Rasulullah telah besabda :
1)النساء حبائل الشيطان
Maksudnya: "Wanita adalah alat perangkap (yang digunakan oleh) syaithan"
(Hadith Riwayat Asy-Shihaab)

2)مَاتَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
Maksudnya: "Tidak aku tinggalkan suatu fitnah sesudahku lebih merbahaya kepada kaum lelaki melainkan godaan wanita"(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Akhir kalam,saya menyeru kepada diri saya sendiri serta kalian diluar sana,cuba la fkir sedalam-dalamnya apa yang cuba saya luahkan kalam yang terpendam di lubuk hati saya setelah sekian lama saya memerhatikan perkara sebegini yang makin menular wabaknya.Wahai kalian yang seagama denganku,aku mempunyai haq persaudaraan untu menegur sesuatu perkara yang tidak elok.Jujur dan tulus dari hatiku,aku sedikit pun tidak berasa dengki dengan perbuatan kalian,tetapi apa yang aku rasakan ialah sangat lah sedih kerana kecantikan yang Allah telah anugerahkan kepada kalian,kalian tidak manfaatkannya kepada insan yang berhak untuk kalian kelak. Jangan la kerana dek sekelopak mawar itu bisa membunuh kumbang2 yang mahu menghisap madunya.

8 comments:

  1. salam...tahniah sebab enti ni bgtu bgs untuk tatapan kaum hawa..
    teruskan berkarya dan menulis ke jalan Allah dean sama2 kita menjaga kehormatan kita semua.
    jadikan,setiap apa yang telah d lemparkan pada kita itu sebagai satu ujian yang amat bernilai dariNya..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    :)

    Biarkan "mereka" itu.
    Mungkin satu hari hati mereka terbuka membaca post ini.

    Teruskan ..

    Mungkin ia juga dpt membimbing sy menjadi muslimah sejati....

    sy masih lemah. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...
    karya yang bagus..satu peringatan utk sume baik pompuan mahu pom lelaki..
    baik juga utk sy sbgai ingatan dan bimbingan membentuk karekter diri...

    teruskan berjuang...:p

    ReplyDelete
  4. biasalah asam garam dalam berdakwah..teruskan perjuangan mu sehingga islam terus bersinar..

    ReplyDelete
  5. "Tidak takut pada celaan org yang mencela"

    Ini sikap n ciri yg perlu ada pd seorg pendakwah...

    Itu biasa... Truskan tanpa jatuh n lemah...

    P/S : My cmment to anonymous : Anda memberi komen dlm keadaan anda bacul n ego brbicara tnpa adab..

    Melontar batu,kmudian sembunyi tngan di blkang, itu bacul namanya...

    Sy doakan anda brubah n sgala yg baik untk anda...

    ReplyDelete
  6. kita tak buat orang kata jugak..

    kita buat orang akan kata jugak..

    orang akan terus berkata2..

    teruskan kerja kita selagi yakin selaras dengan apa yg diyakini..

    barakallahufiik=D

    ReplyDelete
  7. Teruskan menulis,Ukhti.
    Abaikan segala caci tohmah.
    Semoga terus diberi kekuatan olehNya.=)

    ReplyDelete
  8. salam ziarah..awwalan syukran atas entri yang baru ni.sebenarnya sy pun ade bg sikit respon dlm blog sy berkaitan hal tu,sory sebab xbg tau awl..ape pn nasihat sy,jgn peduli apa yg org kata kerana org yang menyeru kepada kebaikan ni xperlu takut kepada celaaan orang yang mencela.
    [[ la takhofu laumatalaaim]]

    ReplyDelete