CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Tuesday, February 9, 2010

#TraDisi BeRsoLek#

Dek kerana banyak lagi ilmu Allah terutama Ilmu Agama yang belum saya dalami,jujurnya saya bukanlah insan yang berhak dan layak untuk menghurai tentang hukum-hakam Allah yang telah termaktub sejak azali sebagai garis panduan seorang bagi hamba untuk melayar bahtera kehidupan di muka bumiNYA ini..Semoga Allah mengampunkan dosa -dosa saya.Setiap hukum Allah yang qat'ie tiada siapa lagi yang boleh menyangkalnya.Dalil yang telah termaktub dalam Kitab suci Al-Quran telah menjadi bukti yang kukuh untuk dijadikan sebagai rujukan.Para Ulama' telah membahaskan setiap hukum itu dengan detail.

Untuk entri pada kali ini saya mahu berkongsi pandangan serba sedikit dengan sahabat semua tentang dalil 'akal mengikut pemikiran logik sebagai insan kamil tentang larangan bertabaruj(Berhias Diri).Mungkin sahabat semua ramai yang telah mengetahui tentangnya .Di sini saya ingin fokuskan pada tradisi bersolek (Make Up). Bersolek juga termasuk dalam kategori berhias diri.

Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi ‘Alaihi ada berkata: Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj).

Ada di kalangan manusia yang menganggap bahawa bersolek adalah satu tradisi bagi golongan wanita. Oleh itu sekiranya seorang perempuan melengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai fesyen pakaian, dan beraneka jenis alat solek di badan, tidaklah menjatuhkan imej dan moralnya, dan tidak pula membangkitkan keinginan setiap mata yang memandang……!

Pemikiran dan dakwaan ini sudah menyeleweng jauh dari logik dan kebenaran. Adakah syahwat setiap manusia itu terbatas? Umpamanya seorang suami yang berdepan dengan wanita yang lain selain dari isterinya, apakah perasaan syahwatnya tidak akan beraksi? Jika perkara ini benar-benar berlaku, nescaya perceraian dan pengkhianatan rumahtangga dalam masyarakat tidak akan berlaku sama sekali.

Sebagai ringkasnya, apakah anggapan ini semua betul……..?

Sebenarnya golongan lelaki dan wanita memiliki perlainan sifat-sifat atau perbezaan-perbezaan sifat fizikal di samping berbeza pula di bidang naluri masing-masing. Kaum wanita memiliki fizikal yang khas, tingkah laku mereka lemah lembut serta memiliki hormon-hormon Fauicolone dan Prageslerone. Semua aspek ini adalah sesuai untuk menjadi seorang ibu.

Sedangkan kaum lelaki pula memiliki badan yang tegap serta tenaga yang kuat yang mengatasi tenaga kaum wanita. Istimewa pula kaum lelaki mempunyai benih-benih zuriat (semen). Sifat-sifat ini semua sesuai pula untuk menjadi seorang bapa.

Secara umum, sifat-sifat normal tadi tidak mungkin berubah atau pun bertukar di antara satu sama lain. Berlakunya kejadian ini semua, Allah s.w.t telah menjelaskan di dalam ayat-ayat-Nya yang bermaksud:Bukankah dia didahului setitis mani yang ditumpahkan ke dalam rahim, kemudian mani itu menjadi segumpal darah. Lalu Allah menciptakan dan menyempurnakan. Kemudian Allah menjadikan daripadanya sepasang lelaki dan perempuan” (al-Qiamah: 37-39).


No comments:

Post a Comment