CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Sunday, November 22, 2009

# 5 ZuLhiJJaH #

5 Zulhijjah 1428H-5 Zulhijjah 1430H....(Genap-genap 47 Tahun & 7 bulan)Hari ini genaplah 2 tahun saya kehilangan sebutir permata berharga dalam hidup.Dulunya permata ini pernah menyinari hidup saya dan banyak membantu..saya sangat ceria.Dialah yang banyak memberi dorongan dan sokonagan tatkala diri ini lemah.Dia juga yang menjadi penghibur dikala duka.Sungguh,dengan kehilangan dan pemergianmu,sukar untuk ku cari ganti.Mungkin tak akan ku jumpa insan sepertimu walau seluruh dunia aku jelajahi untuk mencari pengganti buat diriku ini.

Pemergianmu,sangat tidak diduga oleh kaum keluarga.Bukan bermaksud menolak qada' dan qadar Ilahi..Benar rezeki,jodoh dan ajal itu sudah menjadi ketetapan dan sunnatullah yang perlu diterima oleh setiap yang bergelar hambaNYA di dunia ini.Maha Hebat mu Ya Allah..Setiap percaturanMu itu tidak ada siapa yang dapat menduga. Arwah ayah tidak pernah menderita dari sebarang penyakit semasa hayat hidupnya..Tetapi,bagaimana keadaan ajal kita,sudah ditetapkan olehNYA..Dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Masih terngiang-ngiang lagi perbualan antara diriku ini dengan ibu tersayang..Sabtu 15 Disember 2007,6.30ptg..Aku menerima panggilan dari ibu..Waktu itu handphone ku dalam profil senyap(silent mute)aku menyimpannya di dalam beg..Akan tetapi,aku sendiri tidak tahu bagaimana boleh terdetik dihati ini untuk mengambil handphone dan ingin membuat panggilan untuk ibuku. Sedang aku mengambil handphone,ibu terlebih dahulu menelefonku..Aku langsung tidak menyangka yang panggilan dari ibu itu adalah panggilan yang aku percaya setiap insan tidak sanggup untuk mendengarnya.Waktu itu aku masih berada di Kuala Lumpur.

"Mak nak bagitau sesuatu ni..Harap awak tak terkejut.Ayah accident kat tempat kerja.Mak harap awk dapat balik dengan segera" Ya Allah! apakah benar kata-kata yang keluar dari mulut ibu.Lemah longlai rasanya diri ini bila mendapat berita sedemikian rupa. Aku kelam dan diam membisu tanpa sebarang bicara.Tiket untuk pulang bercuti hari raya aidiladha sudah ku beli..Tiket yang bertarikh 18 Disember 2007,aku biarkan "burn"..Air mata keluar mencurah-curah tanpa henti,tidak aku peduli walaupun banyak mata-mata yang memandangnya. Perasaan malu tidak aku hiraukan..Segera aku pergi mencari tiket untuk terus pulang ke kampung.Fikirku masih adakah lagi tiket yang belum terjual..Lebih-lebih lagi pada musim perayaan sebegini.Semua kaunter telah aku jelajahi.Sungguh hampa! Semua tiket telah pun habis terjual hatta bas tambahan sekalipun.Waktu itu musim banjir di kampung halamanku. Jalan utama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kota Bharu sudah terputus kerana berlaku satu bencana tanah runtuh.Banjir yang melanda kawasan rendah yang akan dilalui oleh bas juga ditutup.

Fikiranku buntu.Nasib baik ada insan yang berhati mulia ingin menolong ku.Semoga Allah membalas jasa baikmu itu.Bila telefon ke kaunter penerbangan,perasaan hampa sekali lagi menerpa.Handphone ku tidak henti berdering waktu itu.Tapi tidak aku hirau kerana aku hanya menunggu panggilan dari ibu untuk mendapat khabar selanjutnya tentang ayah.Tepat jam 6.45 ptg..ibu sekali lagi menelefonku..Hati berdebar tidak terkira..aku menjawab panggilan ibu..Tapi kali ini suara tenang dari ibu.."Ayah sudah tiada lagi..dia telah meninggalkan kita semua..Redhalah dengan pemergiaannya" Ya Allah..sekali lagi aku diuji dengan ujian yang tidak pernah bermain di kotak fikiranku. Hancurnya hati ini,tiada siapa yang tahu. Sekali lagi aku bergegas mencari tiket bas andai ada rezeki ku untuk kali ini. Alhamdulillah..Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bila aku tiba di satu kaunter,ada satu tiket bas tambahan yang baru sahaja dibatalkan oleh seseorang.Inilah yang dinamakan rezeki. Rancangan asalku untuk balik 18hb untuk berya bersama ayah,akan tetapi percaturan Allah itu tiada siapa yang boleh meramal..Ayah pergi dahulu meninggalkan aku sekeluarga pada 15hb. Sungguh aku bersyukur padaMU Ya Rabbi,perjalananku pulang ke kampung pada malam itu walaupun hanya dengan bas tambahan,semuanya berjalan lancar. Lebuh raya pantai timur yang asalnya ditutup telah dibuka boleh dilalui oleh bas yang aku naiki pada malam itu.Air mula beransur surut. Keesokkannya aku sampai ke bandar kota bharu pada jam 4.15 pg.Alhamdulillah..Sampai juga aku akhirnya.Aku tidak sanggup untuk pulang ke rumah..Bapa saudara dan adik sudah sedia menanti di Stesen bas.

Sebaik sahaja aku sampai di rumah nenek,hati sangat sebak apatah lagi melihat jasad terbujur kaku dalam rumah itu.Terus aku mendapatkan ibu.Basah bahu ibu dengan linangan air mataku.Aku tahu,mugkin ibu adalah insan yang paling sedih kerana teman setia di sisi selama ini kini sudah tiada lagi.Aku tidak terus melihat wajah arwah ayah ketika itu kerana terlalu sedih dan sangat tidak sanggup untuk melihatnya.Seusai balik ke rumah ku yang berhampiran dengan rumah nenek,membersih badan dan berwudhu' aku terus bergegas ke rumah nenek kembali untuk menemasi jasad arwah ayah dan ingin menghadiahkannya dengan bacaan suci ayat-ayat Al-Quran.Hanya itu sahaja yang mampu aku lakukan ketika itu sebagai ucapan terima kasih atas semua jasanya terhadap diriku ini sebelum dia dikebumikan.Sungguh badanku sangat lemah dan terasa ingin pitam.Perlahan - lahan aku membuka kain yang menutupi wajah ayah..Sedih bukan kepalang..tapi aku terpaksa tahan..Antara percaya dengan tidak... wajah ayah waktu seolah-olah dia sedang senyum dan tidur..Ya Rahman,tabahkan lah hatiku untuk menerima ujianMU ini.

Ermm..Rasanya cukup setakat ini sahaja untuk aku mencoretkan cerita tentang arwah ayah kerana air mata sedang membasahi pipi sekarang ini kerana terlalu rindu pada arwah ayah..Aidiladha bakal menjelma beberpa hari lagi.Kini kali ke-2 aku beraya tanpa arwah..Jujurnya,sehingga sekarang ini,aku masih rasa yang arwah ayah belum lagi meninggal dunia..Terlalu sukar untuk menerima realiti yang ayah sudah tiada.Tetapi tidak dapat tidak untuk aku menerima hakikat yang ayah kini sudah tiada lagi di dunia ini dan perginya tiada lagi kepulangan yang dinanti.Perginya itu adalah pemergian yang menuju negeri abadi kerana kematian itu adalah pasti..Mungkin sahabat-sahabat di luar sana juga mempunyai pengalaman dan perasaan yang sama dengan diriku ini.Hanya doa dapat ku kirim sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan olenya.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Ameeen..~Al-Fatihah~

*** Sebelum ini hanya berkongsi kesedihan dengan sahabat-sahabat yang telah kehilangan insan tersayang dalam hidupnya.Mungkin pada waktu itu ku hanya mampu bersimpati tanpa mendalami perasaan tersebut hingga ke lubuk hati..Tetapi apabila diri sendiri yang mengalaminya,baru la aku sangat mengerti dan memahami erti sebenar KEHILANGAN.. Sungguh Sepi!

2 comments:

  1. salam...semoga arwah dicucuri rahmatNya..jangan sedih-sedih ye..teruskan berdoa untuknya supaya menjadi bekalan yang baik kepadanya..-Amin Taufiq

    ReplyDelete
  2. Syukran 3ala husni kalamik..Barakallahu laka.

    ReplyDelete