CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Sunday, November 29, 2009

#SaLam UkhWaH#

Salam Ukhwah ku ucapkan buatmu Teman kerana sudi untuk mengenali diriku yang tidak seberapa ini dan inginku menjadi temanmu di kala suka dan duka..Bukanku tidak sudi untuk menjadi temanmu..Tetapi,aku berasa tidak layak untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah denganmu..Mungkin antara kita wujudnya perbezaan 2 darjat..Sebelum kau mengenaliku dengan lebih rapat,ku ingin kau tahu serba sedikit tentang diriku ini sebelum timbulnya perasaan kesal kerana menjadi temanku kelak..Bukan untuk riak...sekadar perkongsian biasa denganmu..

"I'm A S!Mple Girl,VEry Easy GO!Ng anD Fr!Endly..I HatE LIARS!!! Luv My Fam!Ly aNd AlsO Fr!EnDs..If All Of U Have PrObLem..Can ShArE W!F ME..I Can BE A GOod L!StenEr..aND ThE MOst !MpOrtant Th!Ng Is..Do NOt JudgE ME B4 Know!Ng ThE REal ME!!"


Selain itu, ku juga ingin kau benar-benar tahu dan menerima hakikat tentang diriku ini..Terimalah aku seadanya kerana kerana kadang kala aku terfikir dan sangat takut dengan segelintir sikap manusia yang sentiasa sukakan benda yang bersifat baru dan cantik..Bila mendapat sesuatu yang baru,yang lama sudah tidak dipedulikan lagi.Tidak mustahil,dirimu juga mempunyai sikap sedemikian.Maaf,bukan niatku untuk bersangka buruk denganmu tetapi sebagai peringatan buat diriku ini yang telah mempunyai sedikit pengalaman hidup berhadapan dengan kerenah-kerenah manusia.

Aku Bukan Wanita Jelita..

Tapi Aku Ada Kebijaksanaan.

Aku Bukan Wanita Cantik..

Tapi Aku Ada Keabadian.

Aku Bukan Wanita Materialistik..

Tapi Aku Hidup Sederhana.

Aku Bukan Wanita Lemah..

Tapi Aku Ada Kekuatan Dalam Diri..

Inilah Aku..


I'm Not A Perfect Person

There's Many Things I Wish I Didn't Do

But I Continue Learning

I Never Meant To Do Those Things To You

And So I Have To Say Before I Go

That I Just Want You To Know...

Setelah dirimu memahami sedikit sebanyak apa yang telah aku luahkan tentang diriku yang serba kekurangan ini,fikirlah sedalam-dalamnya tentang hasratmu itu.Bukan niatku untuk tidak menyambung tali ukhwah dan silaturrahim yang dituntut oleh Islam...Sesungguhnya UKHWAH kerana Allah itu terlalu indah!..tetapi sebagai "tanbih" buat diriku dan juga dirimu dalam menilai mana satu intan dan kaca..Aku tidak mahu dirimu silap membuat percaturan dengan kilauan cahaya yang terpancar ke arahmu..Sangkaanmu kilauan itu adalah dari permata,sebaliknya ia adalah kilauan kaca..Pohonlah petunjuk dariNYA dalam memilih sesuatu perkara sama ada ia akan memberi manfaat atau mudhorat buat dirimu kelak.Seandainya manfaat itu lebih banyak aku menerimamu dengan hati yang terbuka dan jikalau sebaliknya,engkau tinggalkanlah dan aku redha dengan takdirNYA.. Sekiranya telah tercatat suratan Ilahi di sebalik perkara yang tersirat bahawa niatmu ingin menjadi temanku,ku harap dirimu dan diriku menjadi seperti permata yang tinggi nilainya dan senantiasa memancar kilauan cahaya berharga pada waktu siang mahu pun malam.

No comments:

Post a Comment