CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Friday, November 27, 2009

#PeRTaMa KaLi#

Pertama kali dalam sejarah hidup saya sendiri melukukan amal ibadah korban.Jikalau sebelum-sebelum ini hanya menolong ibu dan arwah ayah sahaja.Selepas diberi rezeki yang lebih dari Allah SWT,saya telah berniat untuk mengambil satu bahagian daripada tujuh bahagian lembu untuk dijadikan ibadah korban.Sebagai orang yang baru ingin berjinak-jinak dalam perkara ini,banyak yang perlu saya pelajari.

Sebelum itu,saya hanya mempelajari teori tentang ibadah korban hanya di dalam kelas.Akan tetapi pada hari raya korban kali ini saya ingin mempraktikkannya sendiri.Seusai solat sunat hari raya aidiladha,saya terus ke tempat khas yang telah disediakan untuk orang awam melakukan ibadah korban.Pertamanya,selepas tengok dengan mata sendiri lembu yang saya telah mengambil bahagian itu,saya disuruh untuk melakukan urusan jual beli dengan penjual itu.Setelah urusan jual beli dilkukan dan orang yang telah mengambil bahagian pun cukup 7 orang,lembu itu pun disembelih.Semasa titisan darah pertama keluar,sekali lagi kena niat untuk melakukan ibadah korban.

Setelah daging lembu itu siap 'dipelapah' dan dibahagikan bagian masing-masing,saya membawa daging itu pulang ke rumah.Setibanya di rumah,saya membahagikan daging-daging itu kepada orang kampung yang berhak untuk menerima daging ibadah korban.Sungguh pun ia agak memenatkan,tetapi saya sangat-sangat gembira dan berasa puas hati.Saya akan kumpulkan pengalaman seperti ini untuk memperbaiki lagi seandainya ada ada salah dan silap.Ucapan syukur dipanjatkan padaMU kerana memberi peluang sendiri pada saya untuk melakukan ibadah korban di usia sebegini.InsyaAllah,seandainya ada umur yang panjang dan ada lagi rezeki yang lebih,saya akan melakukan dan ingin mengambil bahagian lagi dalam ibadah korban untuk tahun-tahun mendatang...


1 comment: