CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Wednesday, December 9, 2009

#Al-QuRaN DusTuRuNa#

Daripada Abi Musa al-Asy'ari,beliau berkata,Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti al-utrujjah,rasanya enak baunya harum.Manakala perumpamaan orang Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma,meskipun rasanya sedap tetapi tiada baunya." (Riwayat al-Bukhari).



Al-Quran itu apabila dibacanya sahaja pun akan mendapat pahala di sisi Allah.Nabi SAW menyatakan bahawa bukanlah alif,lam damn mim itu dikira sebagai satu huruf (perkataan),sebaliknya alif satu huruf,lam satu huruf dan mim satu huruf.

Bagi mereka yang menjadikan al-Quran sebagai amalan harian akan menghasilkan ketenangan kepada jiwa.Tiadalah suatu yang lebih membahagiakan daripada ketenangan yang dimiliki oleh jiwa. Apa gunanya harta yag erimpah ruah dan wang berjuta-juta sekiranya hidup dalam keadaan sengsara dan gundah gulana.Betapa ramai manusia yang kaya pada hari ini,namun adakah mereka semua hidup dalam ketenangan dan kebahagiaan?Mengapa wujudnya jutawan yang membunuh diri?Mengapakah ereka sanggup melakukan kerja terkutuk itu sedangkan mereka mempunyai banyak harta?Tiada lain dan tidak bukan mereka tidak mempunyai ketenangan dalam diri.

Ketenangan dan kebahagiaan sesuatu yang tidak mampu dibeli.Bolehkah seseorang itu pergi ke supermarket, lalu memesan "ketenangan" dan "kebahagiaan" untuk dibeli?Sudah tentu tidak!Sebabnya ketenangan dan kebahagiaan merupakan anugerah Allah kepada hambaNya.Anugerah ini hanya diberikan kepada mereka yang mengingati Allah.

Ketenangan dan kebahagiaan tidak akan dianugerahkan Allah kepada manusia walau sebanyak mana sekalipun hartanya dan setinggi mana pun pangkatnya,tetapi tidak mengingati Allah.Firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 28 bermaksud : "Bukankah dengan mengingati Allah itu,hati akan menjadi tenang." Antara cara paling berkesan untuk mengingati Allah ialah dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran.


Tambahan dari itu,al-Quran juga adalah ubat bagi hati dan penawar jiwa.Ramai di kalangan kita yang mempunya penyakit hati kronik seperti hasad dengki,ujub,sombong,takabbur dan sebagainya.Lalu apakah cara yang paling berkesan bagi merawat penyakit hati?

Tidak lain dan tidak bukan,cara yang paling berkesan untuk merawat hati adalah selalu berdamping dengan ayat-ayat Allah melalui kitab suci al-Quran.Seorang tokoh sufi yang bernama Ibrahim al-Khawwas telah menyatakan bahawa ubat bagi hati itu antaranya alah membaca al-Quran dengan penuh penghayatan dan tadabbur.

Sehubungan itu,marilah sama-sama membaca,meneliti serta memahami kandungan dan pengertian yang disampaikan di dalam al-Quran.Firman Allah yang bermaksud : "Maka adakah nereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran?Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran?" (Surah Muhammad 47:24).


No comments:

Post a Comment