CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Thursday, December 3, 2009

#MabRuk ! #

Selepas "menahan sabar" dengan IIUM page terutamanya myiium akhirnya berjaya saya buka laman web ini. Pada mulanya saya ingatkan line internet bermasalah sebab bila buka je page iium,server down..Tertera pada slip final exam yang keputusannya akan keluar pada 2 Disember 2009 selepas jam 4 petang. Sebelum jam 4ptg lagi saya sudah akses internet agar dapat memudahkan urusan saya nanti..Bila tepat jam 4 ptg,saya buka,tak dapat..Saya terus berusaha untuk membuka lawan web tersebut,tetapi tidak berjaya juga...

SMS demi SMS saya terima dari kawan-kawan,mereka bertanya adakah mereka sahaja yang tidak boleh tengok keputusan tu,tapi boleh dikatakan semua orang tidak berjaya untuk membuka laman iium tu.Debaran kian memuncak apabila pada jam 6.30ptg saya terima SMS dari seorang kawan bahawa dia mendapat "Dean's List"..Wah,Tahniah!Saya agak terkejut juga dengan keputusan kawan saya itu kerana setahu saya untuk semester-semester yang terdahulu dia belum pernah meraih pangkat "Dean's List"..Tak mengapa,sekurang-kurangnya dapat juga merasakan 1st class punya ranking kan..:P

Semester lepas(sem 1 09/10) merupakan semester yang paling mencabar bagi saya apabila telah mengambil risiko untuk membawa 21.5 credit hour..Huh..agak mencabar dengan tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah..Hari ni ada kuiz,keesokannya hantar assignment,keesokannya pula ada pembentangan dan midterm test..Penat la otak ni.Tapi seronok jugakan macam tu.Orang cakap,bila kita tengah menghadapi situasi macam tu,rasa serabut,letih dan sebagainya.Nanti bila dah masuk alam pekerjaan,mesti rindu dan teringat kenangan-kenangan masa belajar dahulu.

Opss..Rasanya saya sudah melalut panjang dan menyimpang dari apa yang nak diceritakan..:)
Usai solat isya' saya buka sekali lagi dan masih lagi tidak berjaya.Hanya Allah saja yang tau perasaan saya semalam.Sudah bosan untuk mencuba,saya tidur..Mungkin itu cara yang terbaik untu mengelakkan perasaan berdebar.Malangnya,tidur pun tidak lena disebabkan teringat dam bimbang sangat-sangat dengan keputusan yang bakal saya terima.Adakah ia setimpal atau tidak dengan usaha,doa dan tawakal yang saya lakukan sebelum ini..

Tepat jam 3.45 pagi,saya gagahkan diri untuk bangun mencuba sekali lagi. Alhamdulillah.. Mungkin Allah suruh saya bersabar.Waktu tu line page tu sangat clear.Bila buka page je terus dapat.Menggigil juga tangan nak tekan "matric number & Password"..Huh..Ya Allah!,syukur padamu ku panjatkan dengan apa yang telah kau berikan kepadaku.Mungkin keputusan yang saya telah terima itu berdasarkan usaha yang telah saya lakukan.Sebagaimana dalam Firman Allah yang bermaksud " Tidaklah diubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan dirinya sendiri yang berusaha untuk mengubahnya{sila rujuk semula tafsir untuk kepastian surah & tafsiran yang lebih tepat :( }..

Akhir kalam,MABRUK saya ucapkan kepada kawan-kawan yang bejaya meraih pangkat "Dean's List" dan yang mana belum berpeluang lagi untuk mendapatnya,teruskan usaha anda kerana semester yang akan datang masih ada lagi untuk kalian.Tidak mendapat title"Dean's List" bukan bermakna seseorang itu tidak bijak.Mungkin belum ada lagi rezeki untuk dapat dan terselit hikmah disebaliknya.Pembelajaran adalah satu proses yang berterusan.Semoga dengan usaha yang kita lakukan akan mendapat ganjaran dariNYA di dunia mahupun di akhirat.

*** Semoga Allah memberkati segala ilmuNya yang telah kita pelajari dan kongsi bersama
agar ia boleh menjadi sebagai bekalan jariah untuk diri kita kelak.

No comments:

Post a Comment