CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers


Followers

Monday, November 30, 2009

# MoHoNLaH DariNYA #


TEMAN

Mohonlah Petunjuk Dari Al-Khaliq

Ia Menunjukkan Bahawa Sebagai Hamba

Kita Sentiasa Berharap KepadaNYA

Kerana Konsep DOA itu Adalah Satu Permintaan Dari Hamba Pada Pencipta...

Pintaku..Usah Kau Gopoh

Dalam Membuat Pilihan & Memberi Jawapan

Mungkin Pilihanmu Itu Ada Baik & Buruk

Sebagai Hamba Yang Hina Aku Tidak Mengetahuinya

Manusia Hanya Mampu Merancang

Dan DIA Sebaik Perancang & Maha Mengetahui Setiap Rancangan HambaNYA..

Oleh itu,Aku Meminta Dirimu Memberikan Aku Masa

Untukku Memohon DariNYA

Dan Aku Juga Memberikan Masa Padamu Untuk Meminta Petunjuk DariNYA

Moga Konsep "Ar-Raja' " Kepada Pencipta Yang Kita Amalkan

Akan Membuah Kebahagiaan Sesama Kita

Kerana Ku Percaya Bahawa Dirimu Lebih Mahir Berbandingku Dalam Bab Agama...

Maafkan Diriku

Kerana Perlu Bertegas Dalam Hal ini

Ia Disebabkan Terlalu Banyak Ku Melihat Manusia

Yang Menyesal Dalam Membuat

Keputusan Yang TERBURU-BURU...

~FIKIRKANLAH~

Sunday, November 29, 2009

#SaLam UkhWaH#

Salam Ukhwah ku ucapkan buatmu Teman kerana sudi untuk mengenali diriku yang tidak seberapa ini dan inginku menjadi temanmu di kala suka dan duka..Bukanku tidak sudi untuk menjadi temanmu..Tetapi,aku berasa tidak layak untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah denganmu..Mungkin antara kita wujudnya perbezaan 2 darjat..Sebelum kau mengenaliku dengan lebih rapat,ku ingin kau tahu serba sedikit tentang diriku ini sebelum timbulnya perasaan kesal kerana menjadi temanku kelak..Bukan untuk riak...sekadar perkongsian biasa denganmu..

"I'm A S!Mple Girl,VEry Easy GO!Ng anD Fr!Endly..I HatE LIARS!!! Luv My Fam!Ly aNd AlsO Fr!EnDs..If All Of U Have PrObLem..Can ShArE W!F ME..I Can BE A GOod L!StenEr..aND ThE MOst !MpOrtant Th!Ng Is..Do NOt JudgE ME B4 Know!Ng ThE REal ME!!"


Selain itu, ku juga ingin kau benar-benar tahu dan menerima hakikat tentang diriku ini..Terimalah aku seadanya kerana kerana kadang kala aku terfikir dan sangat takut dengan segelintir sikap manusia yang sentiasa sukakan benda yang bersifat baru dan cantik..Bila mendapat sesuatu yang baru,yang lama sudah tidak dipedulikan lagi.Tidak mustahil,dirimu juga mempunyai sikap sedemikian.Maaf,bukan niatku untuk bersangka buruk denganmu tetapi sebagai peringatan buat diriku ini yang telah mempunyai sedikit pengalaman hidup berhadapan dengan kerenah-kerenah manusia.

Aku Bukan Wanita Jelita..

Tapi Aku Ada Kebijaksanaan.

Aku Bukan Wanita Cantik..

Tapi Aku Ada Keabadian.

Aku Bukan Wanita Materialistik..

Tapi Aku Hidup Sederhana.

Aku Bukan Wanita Lemah..

Tapi Aku Ada Kekuatan Dalam Diri..

Inilah Aku..


I'm Not A Perfect Person

There's Many Things I Wish I Didn't Do

But I Continue Learning

I Never Meant To Do Those Things To You

And So I Have To Say Before I Go

That I Just Want You To Know...

Setelah dirimu memahami sedikit sebanyak apa yang telah aku luahkan tentang diriku yang serba kekurangan ini,fikirlah sedalam-dalamnya tentang hasratmu itu.Bukan niatku untuk tidak menyambung tali ukhwah dan silaturrahim yang dituntut oleh Islam...Sesungguhnya UKHWAH kerana Allah itu terlalu indah!..tetapi sebagai "tanbih" buat diriku dan juga dirimu dalam menilai mana satu intan dan kaca..Aku tidak mahu dirimu silap membuat percaturan dengan kilauan cahaya yang terpancar ke arahmu..Sangkaanmu kilauan itu adalah dari permata,sebaliknya ia adalah kilauan kaca..Pohonlah petunjuk dariNYA dalam memilih sesuatu perkara sama ada ia akan memberi manfaat atau mudhorat buat dirimu kelak.Seandainya manfaat itu lebih banyak aku menerimamu dengan hati yang terbuka dan jikalau sebaliknya,engkau tinggalkanlah dan aku redha dengan takdirNYA.. Sekiranya telah tercatat suratan Ilahi di sebalik perkara yang tersirat bahawa niatmu ingin menjadi temanku,ku harap dirimu dan diriku menjadi seperti permata yang tinggi nilainya dan senantiasa memancar kilauan cahaya berharga pada waktu siang mahu pun malam.

Friday, November 27, 2009

#PeRTaMa KaLi#

Pertama kali dalam sejarah hidup saya sendiri melukukan amal ibadah korban.Jikalau sebelum-sebelum ini hanya menolong ibu dan arwah ayah sahaja.Selepas diberi rezeki yang lebih dari Allah SWT,saya telah berniat untuk mengambil satu bahagian daripada tujuh bahagian lembu untuk dijadikan ibadah korban.Sebagai orang yang baru ingin berjinak-jinak dalam perkara ini,banyak yang perlu saya pelajari.

Sebelum itu,saya hanya mempelajari teori tentang ibadah korban hanya di dalam kelas.Akan tetapi pada hari raya korban kali ini saya ingin mempraktikkannya sendiri.Seusai solat sunat hari raya aidiladha,saya terus ke tempat khas yang telah disediakan untuk orang awam melakukan ibadah korban.Pertamanya,selepas tengok dengan mata sendiri lembu yang saya telah mengambil bahagian itu,saya disuruh untuk melakukan urusan jual beli dengan penjual itu.Setelah urusan jual beli dilkukan dan orang yang telah mengambil bahagian pun cukup 7 orang,lembu itu pun disembelih.Semasa titisan darah pertama keluar,sekali lagi kena niat untuk melakukan ibadah korban.

Setelah daging lembu itu siap 'dipelapah' dan dibahagikan bagian masing-masing,saya membawa daging itu pulang ke rumah.Setibanya di rumah,saya membahagikan daging-daging itu kepada orang kampung yang berhak untuk menerima daging ibadah korban.Sungguh pun ia agak memenatkan,tetapi saya sangat-sangat gembira dan berasa puas hati.Saya akan kumpulkan pengalaman seperti ini untuk memperbaiki lagi seandainya ada ada salah dan silap.Ucapan syukur dipanjatkan padaMU kerana memberi peluang sendiri pada saya untuk melakukan ibadah korban di usia sebegini.InsyaAllah,seandainya ada umur yang panjang dan ada lagi rezeki yang lebih,saya akan melakukan dan ingin mengambil bahagian lagi dalam ibadah korban untuk tahun-tahun mendatang...


Thursday, November 26, 2009

# SaLaM EiduLaDHa #


Inginkan Mutiara,
Selamilah Lautan...
Inginkan Bahagia,
Tempuhilah Penderitaan...
Inginkan Kejayaan,
Relailah Pengorbanan...
Ketahuilah...
Bahawa Setiapa Kepahitan Itu
Sebenarnya Terkandung 1000 Kemanisan...
Semoga Setiap Pengorbanan Yang Kita Lakukan Itu...
Memberi Erti Sebenar "PENGORBANAN DEMI KEHIDUPAN"



Sunday, November 22, 2009

# 5 ZuLhiJJaH #

5 Zulhijjah 1428H-5 Zulhijjah 1430H....(Genap-genap 47 Tahun & 7 bulan)Hari ini genaplah 2 tahun saya kehilangan sebutir permata berharga dalam hidup.Dulunya permata ini pernah menyinari hidup saya dan banyak membantu..saya sangat ceria.Dialah yang banyak memberi dorongan dan sokonagan tatkala diri ini lemah.Dia juga yang menjadi penghibur dikala duka.Sungguh,dengan kehilangan dan pemergianmu,sukar untuk ku cari ganti.Mungkin tak akan ku jumpa insan sepertimu walau seluruh dunia aku jelajahi untuk mencari pengganti buat diriku ini.

Pemergianmu,sangat tidak diduga oleh kaum keluarga.Bukan bermaksud menolak qada' dan qadar Ilahi..Benar rezeki,jodoh dan ajal itu sudah menjadi ketetapan dan sunnatullah yang perlu diterima oleh setiap yang bergelar hambaNYA di dunia ini.Maha Hebat mu Ya Allah..Setiap percaturanMu itu tidak ada siapa yang dapat menduga. Arwah ayah tidak pernah menderita dari sebarang penyakit semasa hayat hidupnya..Tetapi,bagaimana keadaan ajal kita,sudah ditetapkan olehNYA..Dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Masih terngiang-ngiang lagi perbualan antara diriku ini dengan ibu tersayang..Sabtu 15 Disember 2007,6.30ptg..Aku menerima panggilan dari ibu..Waktu itu handphone ku dalam profil senyap(silent mute)aku menyimpannya di dalam beg..Akan tetapi,aku sendiri tidak tahu bagaimana boleh terdetik dihati ini untuk mengambil handphone dan ingin membuat panggilan untuk ibuku. Sedang aku mengambil handphone,ibu terlebih dahulu menelefonku..Aku langsung tidak menyangka yang panggilan dari ibu itu adalah panggilan yang aku percaya setiap insan tidak sanggup untuk mendengarnya.Waktu itu aku masih berada di Kuala Lumpur.

"Mak nak bagitau sesuatu ni..Harap awak tak terkejut.Ayah accident kat tempat kerja.Mak harap awk dapat balik dengan segera" Ya Allah! apakah benar kata-kata yang keluar dari mulut ibu.Lemah longlai rasanya diri ini bila mendapat berita sedemikian rupa. Aku kelam dan diam membisu tanpa sebarang bicara.Tiket untuk pulang bercuti hari raya aidiladha sudah ku beli..Tiket yang bertarikh 18 Disember 2007,aku biarkan "burn"..Air mata keluar mencurah-curah tanpa henti,tidak aku peduli walaupun banyak mata-mata yang memandangnya. Perasaan malu tidak aku hiraukan..Segera aku pergi mencari tiket untuk terus pulang ke kampung.Fikirku masih adakah lagi tiket yang belum terjual..Lebih-lebih lagi pada musim perayaan sebegini.Semua kaunter telah aku jelajahi.Sungguh hampa! Semua tiket telah pun habis terjual hatta bas tambahan sekalipun.Waktu itu musim banjir di kampung halamanku. Jalan utama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kota Bharu sudah terputus kerana berlaku satu bencana tanah runtuh.Banjir yang melanda kawasan rendah yang akan dilalui oleh bas juga ditutup.

Fikiranku buntu.Nasib baik ada insan yang berhati mulia ingin menolong ku.Semoga Allah membalas jasa baikmu itu.Bila telefon ke kaunter penerbangan,perasaan hampa sekali lagi menerpa.Handphone ku tidak henti berdering waktu itu.Tapi tidak aku hirau kerana aku hanya menunggu panggilan dari ibu untuk mendapat khabar selanjutnya tentang ayah.Tepat jam 6.45 ptg..ibu sekali lagi menelefonku..Hati berdebar tidak terkira..aku menjawab panggilan ibu..Tapi kali ini suara tenang dari ibu.."Ayah sudah tiada lagi..dia telah meninggalkan kita semua..Redhalah dengan pemergiaannya" Ya Allah..sekali lagi aku diuji dengan ujian yang tidak pernah bermain di kotak fikiranku. Hancurnya hati ini,tiada siapa yang tahu. Sekali lagi aku bergegas mencari tiket bas andai ada rezeki ku untuk kali ini. Alhamdulillah..Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bila aku tiba di satu kaunter,ada satu tiket bas tambahan yang baru sahaja dibatalkan oleh seseorang.Inilah yang dinamakan rezeki. Rancangan asalku untuk balik 18hb untuk berya bersama ayah,akan tetapi percaturan Allah itu tiada siapa yang boleh meramal..Ayah pergi dahulu meninggalkan aku sekeluarga pada 15hb. Sungguh aku bersyukur padaMU Ya Rabbi,perjalananku pulang ke kampung pada malam itu walaupun hanya dengan bas tambahan,semuanya berjalan lancar. Lebuh raya pantai timur yang asalnya ditutup telah dibuka boleh dilalui oleh bas yang aku naiki pada malam itu.Air mula beransur surut. Keesokkannya aku sampai ke bandar kota bharu pada jam 4.15 pg.Alhamdulillah..Sampai juga aku akhirnya.Aku tidak sanggup untuk pulang ke rumah..Bapa saudara dan adik sudah sedia menanti di Stesen bas.

Sebaik sahaja aku sampai di rumah nenek,hati sangat sebak apatah lagi melihat jasad terbujur kaku dalam rumah itu.Terus aku mendapatkan ibu.Basah bahu ibu dengan linangan air mataku.Aku tahu,mugkin ibu adalah insan yang paling sedih kerana teman setia di sisi selama ini kini sudah tiada lagi.Aku tidak terus melihat wajah arwah ayah ketika itu kerana terlalu sedih dan sangat tidak sanggup untuk melihatnya.Seusai balik ke rumah ku yang berhampiran dengan rumah nenek,membersih badan dan berwudhu' aku terus bergegas ke rumah nenek kembali untuk menemasi jasad arwah ayah dan ingin menghadiahkannya dengan bacaan suci ayat-ayat Al-Quran.Hanya itu sahaja yang mampu aku lakukan ketika itu sebagai ucapan terima kasih atas semua jasanya terhadap diriku ini sebelum dia dikebumikan.Sungguh badanku sangat lemah dan terasa ingin pitam.Perlahan - lahan aku membuka kain yang menutupi wajah ayah..Sedih bukan kepalang..tapi aku terpaksa tahan..Antara percaya dengan tidak... wajah ayah waktu seolah-olah dia sedang senyum dan tidur..Ya Rahman,tabahkan lah hatiku untuk menerima ujianMU ini.

Ermm..Rasanya cukup setakat ini sahaja untuk aku mencoretkan cerita tentang arwah ayah kerana air mata sedang membasahi pipi sekarang ini kerana terlalu rindu pada arwah ayah..Aidiladha bakal menjelma beberpa hari lagi.Kini kali ke-2 aku beraya tanpa arwah..Jujurnya,sehingga sekarang ini,aku masih rasa yang arwah ayah belum lagi meninggal dunia..Terlalu sukar untuk menerima realiti yang ayah sudah tiada.Tetapi tidak dapat tidak untuk aku menerima hakikat yang ayah kini sudah tiada lagi di dunia ini dan perginya tiada lagi kepulangan yang dinanti.Perginya itu adalah pemergian yang menuju negeri abadi kerana kematian itu adalah pasti..Mungkin sahabat-sahabat di luar sana juga mempunyai pengalaman dan perasaan yang sama dengan diriku ini.Hanya doa dapat ku kirim sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan olenya.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Ameeen..~Al-Fatihah~

*** Sebelum ini hanya berkongsi kesedihan dengan sahabat-sahabat yang telah kehilangan insan tersayang dalam hidupnya.Mungkin pada waktu itu ku hanya mampu bersimpati tanpa mendalami perasaan tersebut hingga ke lubuk hati..Tetapi apabila diri sendiri yang mengalaminya,baru la aku sangat mengerti dan memahami erti sebenar KEHILANGAN.. Sungguh Sepi!

Saturday, November 21, 2009

# MenGgaMiT MemoRi #

Bahang kehangatan zulhijjah kali ini benar terasa dan menyentuh hati saya.Setiap hari,akan disiarkan di kaca televisyen dan juga di corong radio tentang laporan tentang jemaah haji sekarang ini.Tambahan pula,banyak di blog-blog sahabat yang menceritakan kelebihan yang terdapat pada bulan zulhijjah ni.Jadi,untuk entri kali ni saya tidak berhajat untuk menceritakan tentang kelebihan yang terdapat pada bulan zulhijjah,tapi sekadar berkongsi pengalaman dan kenangan sahaja.. :)

Sungguh kerinduan terhadap Harom al-Makki,menusuk kalbu ini. Biarpun masih belum diberi peluang untuk mengerjakan haji,akan tetapi peluang untuk ke sana mengerjakan umrah membuatkan lidah tanpa henti mengucapkan lafaz syukur padamu Ya Rabb.Masih terasa seperti baru saja tersedar dari lena kerana impian untuk ke sana telah dimaqbulkanNYA. Benar kata orang,apabila telah sampai ke Harom ni,akan terasa kerinduan kenangan padanya sampai bila-bila.Ianya tidak sama dengan kenangan apabila kita bercuti ke negara-negara yang ada di dunia ini. Sungguh,saya telah melalui perbezaannya.Kerinduan pada harom lagi terasa apabila ada di kalangan keluarga terdekat yang mendapat jemputan untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Moga-moga doa dan impian saya menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji akan diterima olehNYA. Ya Sami' Ya Wahhab,sesungguhnya engkau Maha mendengar rintihan hambaMU.

Meskipun di Harom itu,saya terpaksa berhadapan dengan beribu-ribu kerenah manusia,tetapi ianya sangat menggembirakan walaupun pernah terdetik di hati ini perasaan tidak puas hati dan marah dengan orang-orang arab yang suka menghimpit-himpitkan orang semasa mengerjakan tawaf. Betapa alpanya saya sebagai hamba,apabila diuji dengan perkara yang kecil,ingatlah sudah banyak nikmat yang telah diberi olehNYa. Bukankah sebagai hamba kita layak diuji? Sungguh saya lupa pada waktu itu. Allah ingin menguji tahap kesabaran saya di hadapan kaabah..Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya yang lalu :(

Benar,pertama kali melihat kaabah air mata membasahi pipi tanpa disedari.Semua perasaan hadir dalam diri saya.Tidak percaya,sayu,gembira dan macam-macam lagi. Kaabah yang tersegam indah di depan mata saya adalah satu realiti bukan lagi sekadar imaginasi. Selama ini,saya hanya mengetahui tentang kaabah ini dari subjek pendidikan islam,pendidikan syariah,ustaz ustazah dan orang-orang tua yang pernah menunaikan haji.Sungguh jahilnya saya..:(

Ketengan yang saya perolehi semasa berada di Harom,sangat berbeza. Ia benar-benar menenangkan jiwa dan fikiran saya. Segala masalah yang saya hadapi pada waktu tu,tidak lagi berlegar di ruang fikiran saya..Sungguh saya rindukan akan ketenangan seperti itu lagi. Adakah saya berpeluang untuk menikmati ketenangan seperti itu di Malaysia ini..Saya sendiri pun,kurang pasti..

Saya rasa,terlalu panjang sekiranya saya ingin lauhkan semua kenangan saya di sini..Mungkin cukuplah sekadar apa yang saya ingin kongsikan ini,tiada tujuan lain saya menceritakan sedikit kenangan saya ini akan tetapi untuk menyegarkan ingatan saya pada harom dan menyemarakkan lagi niat saya untuk berdoa bersungguh-sungguh agar saya pula akan menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji. saya juga berdoa agar sahabat-sahabat diluar sana pun begitu.


***Till now I really miss seeing kaabah with my own two eyes..its so much different from just seeing it thru pics, n to those who are performing haj this year, I pray that may Allah grant you all “Haji Mabrur”, may all ur sins be forgiven n may you continue to persevere to stay on the road to Him. Ameen! :)




Sunday, November 8, 2009

# ProMoSi #

Sekarang ini masih lagi dibelenggu exam period..Sedang fikiran buntu untuk mentelaah buku yang sememangnya banyak input yang perlu dibaca,saya mengambil masa rehat buat seketika untuk blog walking. Saja je untuk merehatkan minda sambil bertukar bahan bacaan yang lebih santai..(sbb,buku ilmiah ni nk kena ta3ammuq bidiqqoh dia pnya isi kandungan).

While doing my blog walking,saya terjumpa satu blog yang memang menarik perhatian saya. Ianya berkisar tentang pakej jaulah ke Pelembahan Nil. Ya,sungguh menarik andai dilihat pada gambar yang terpampang apatah lagi andai benar-benar dapat merialisasikan jaulah tersebut. Seandainya dikurniakan rezeki yang lebih dariNYA,akan saya kotakan impian ke ardul kinanah itu untuk kali yang seterusnya. Sangat seronok! Sungguh saya amat rindukan pengalaman yang lalu sewaktu berada di sana. Sekiranya ada yang berminat untuk meluaskan pandangan dan pengalaman ke Mesir mungkin anda boleh membuat rundingan harga pakej dengan pihak tersebut. Di sini saya ingin mempromosikan rangkaian tersebut..Sekiranya ada yang berminat,anda boleh terus ke BUKHORINS TRAVEL untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.Maaf ye tuan blog,saya sekadar mengambil peluang untuk berkongsi infomasi yang sangat menarik yang telah pihak tuan tawarkan..Semoga ia dapat memberi manfaat untuk semua..Wallahu a3lam.. :)

Wednesday, November 4, 2009

# BiTTauFiQ WaNnAjaH #


To ALL my friends...Wishing you All the best for you final exam..HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIL...:)